Kalau dulu org tanya, "Mas, kamu suka bahasa?'. Bahasa Malaysia ke, Bahasa Inggeris ke. Suka, jawab aku. Kerana itu bahasa yang menghubungkan kita. "Kamu suka Sejarah?, Suka jugak, jawab aku kerana itu bermula segalanya. Kita perlu tahu Sejarah dan seterusnya mencintai Sejarah. " Kamu suka Georgrafi? Hmmm...tak berapa suka, kata aku. Ala! masa kecik, jawab jer apa yang tahu. Kenapa? Sebab, bumi sentiasa berubah-rubah susah nak catch-up, tak berapa suka jawab aku. Kamu suka Agama, sangat suka jawab aku. Kenapa? tanya org itu. Kerana itu yang membaikkan kita, dan bukti untuk semua suka aku. Aku lulus dalam semua matapelajaran itu ada yang cemerlang ada yang cukup2 makan. Itu adalah bukti terawal kita sebagai manusia samada kita suka atau mencintai ilmu yang diberikan pada kita. Apa jadi lepas itu, itu pilihan kita. Terpulang.
Hari ini aku menonton National Geography... meleleh-leleh airmata aku macam tengok cerita Kassim Selamat. Ishk! apasal pulak Georgrafi ni dah jadi sedih sangat ni, tanya aku. Tak sihat, aper? Kisah tentang bumi, tentang dunia kita. Katanya" Ini bukan katanya lagi, ini adalah bukti archeology yang dah korek beribu2 tahun tu, sana sini diaorg korek (asal dari tanahkan, scientis pun dah jadi islam ni) so, diaorg pun koreklah. Semua bahan bukti tu diaorg kumpulkan dan rumusan melalui bukti penemuan berjuta tahun dan si host rancangan itu tadi bukak cakap ' Macamana kalau Sejarah yang diberitahu kita dulu, is not as what we've been told. Ishk! tu dia kau!, marah aku. Patutlah ayah aku tengok tv ada masa marah2 tv.
Umur bumi ini katanya 4 billion tahun. Sebelum tu, tak der bumi. Katanya ada big bang kat angkasa lepas, satu letupan besar. Entah apa diaorg bagi nama letupan itupun aku dah lupa. Dalam hati aku " Apa yang meletup? Syurga kot, ishk. Semua bahan letupan itu travel through space for millions of years dan berkumpul pada satu tempat, macam kita nak bina rumahlah, kita kumpulkan semua bahan. Dan apabila semua bahan itu terkumpul, ia membentuk matahari. Nah! ambik kau. Punya dashyat akal yang diberikan. Mereka tahu matahari mula2 membentuk. Matahari ni pun asyiklah nak meletup-letup dan bahan letupan itu dalam kadar radius yang asyik terapung-apung tu bentuk pulak bumi. Bumi ketika tu pun, asyik meletup-letup gak. Tak stabil bumi ketika itu. Macam tanah asalnya ada banyak periuk gunung berapi yang sangat aktif. So, banyak gas. Pusingan bumi ketika itu hanya mungkin 6 jam/sehari. Meletup saja, bumi. Letupan itu pulak membentuk bulan yang membantu bumi menstabilkan paksi pusingannya ke 24 jam/sehari. Bumi kini hampir stabil, katanya. Tapi, masih meletup-letup. Hasil letupan itu, macam periuk masak air menghasilkan wap. Wap jadi awan, awan jadi hujan ( ni masa2 kecik aku pun tahu) hujan jadikan laut dan sungai. So, bumi ini ada tu jer masa itu. Bila ada air, gas dan bantuan cahaya matahari. Tanah lava tadi pun terkabus, mendap dan laut kita dulu kaya dengan zink. Dan putaran bumi menjadikan pasang surut air. Dataran mula terbina melalui penyejukkan. Gas oksigen mula terhasil perlahan-lahan. Dan apabila hampir 80% bumi dipenuhi gas oksigen. Satu sel mula belajar hidup dari dasar laut.
Punyalah pandai sel ni. Dari bulat, dia adapt ke ruangan atas laut dan dah mula tumbuh ekor sel ni. Dah pandai berenang. Sel ni berkembang, bencantum-cantum dengan sel lain yang mula hidup. Macam kita couple2, kawin campur. Sel ni mula bercampur aduk. Dah jadi hidupan pertama bumi, Ikan ler. Ishk! aku punyalah sayang ikan ni. Tak sangka dia nenek moyang kita. Aku dah dok nak nangis ni, aku makan ikan ni. Aku makan nenek moyang kita ni. Manakala di dataran terjadi gempa bumi, retakan, ledakan, air pasang surut. So, sel2 yang terkandas tak leh nak berenang balik tadi. Dia buat bus stop, dia jadi pokoklah. Pokok kat bumi. Ishk! saintis dah bunyi macam agama cina ni, kejap kita jadi ikan, kejap kita jadi pokok. Hmmmm, ambik kau! tadi dia korek2 tanah macam islam, ni dia dah jadi cina, katanya, kita jadi ikan dan dah jadi pokok pulak ni. Islam dan Cina dah benar ni. Ikan ni lah tadi yang asyik kawin campur ni, dari pandai berenang dia dah pandai merangkak-rangkak. Kalau sekarang kita nampak lagi ikan ni kat laut. Dia macam berjalan. So, dia jalan2. Dia jalan ke dataran bumi yang tidak dipenuhi air dan belajar bernafas. Ambik kau, kerana bumi ini asyik berubah2, asyik nak bercampur aduk, kawin campur sana sini ikan ni dipendekkan cerita. Macam power ranger " Bertukar. Power rangers pun tunjuk jam kat langit, dia bertukar. Ikan ni pun bertukar jadi dinosaur. Ambik kau, scientis dah jadi kartun, kartun pun benar. Kat sini aku gelak. Macam org gila tengok documentari ni. Kejap nangis, kejap gelak.
So, bermulalah era dinosour. Bumi masih tak stabil asyik letup2. Cometlah dari angkasa lepas yang dulu macam lori bawak bahan ni jatuh, meletuplah bumi. Ambik kau. Dinosour yang besar2 tadi pupus mati semua tak leh lari. Yang tinggal hanya tikus kecil2 golongan mammal yang belajar korek2 tanah hidup dalam tanah. Kat sinilah katanya, bermula golongan mammal menguasai bumi hidup. Mammal yang pengecut korek tanah tadi membiak, bercampur, bertukar dan macam2 lagilah proses sainsnya bertukar ke pelbagai rupa binatang hinggalah ke monyet yang belajar hidup atas pokok, berselindung. Bumi melalui pelbagai pertukaran. Lapisan Ozone semakin tebal, rekahan bumi menjarakkan tanah rekahan. Pokok makin jauh nak bergayut untuk monyet2 ni sebab dipisahkan oleh padang rumput yang tumbuh segar dipermukaan bumi maka monyet2 ni have no choice nak bergayut lagi dia pun terpaksalah berjalan menggunakan dua kaki dipermukaan bumi. Maka, bermula perwatakan haiwan ni kepada kemanusiaan. Melalui masa yang asalnya dari 4 billion, kini lebih kurang 1.5 billion tahun yang lepas monyet tu tadi dah berjalan dan berukar melalui pemakanan, peredaran kepada bentuk manusia. Nah! ambik kau. Siapa dulu kat Pangkor tanya aku kenapa kita kalau dulu dari monyet tak pulak bertukar jadi raksasa sekarang? Kerana sekarang kita kawal pemakanan. Monyet dulu makan jer apa yang jumpa... percampuran sel buat kita bertukar rupa. Hmmmm..... sains, sains, menakjubkan. Ada agama gak kamu jugak sains .
OK kita dah jadi manusia. Kalau dulu tak tahu cakap keluar bunyi jer. Kita dah tahu cakap. Monyet2 ala manusia ni mula pandai berhubung menyampaikan message sesama sendiri. Katanya kat sana ada pisang sedap. Maka mereka belajar berhubung, berjalan dan hasil pribumi menghasilkan batu kapur yang boleh dikatuk-katuk jadi api, maka jadi api pertama, yang diaorg boleh wat " Gross chicken ala tandoori maka kalori mereka bertambah dalam badan dan dah boleh berlari pergi jalan jauh-jauh sikit dari tempat tinggal mereka. Ishk! punyanya dashyat akal scientis ni, fikir semua ni.
Tapi, macam cerita hindi mesti ada klimaks. Katanya scientis, monyet2 ala manusia pada ketika itu hanya terdapat disekitar kawasan yang sekarang kita kenali sebagai Afrika, disebabkan terjadinya satu trajedi bumi. Penyejukkan Kutub Utara dan Selatan yang ketara mereka terpaksa berjalan jauh menyelamatkan diri dari dibeku. Maka sejarah awal Manusia bermulalah melalui penghijrahan ni. Mereka berjalan jauh, berpecah untuk keselamatan. Mereka menetap dikawasan yang subur, dan macam scientis ni melalui pemakanan menghasilkan akal yang lebih sihat mereka belajar menanam. Penanaman membuat mereka bersatu untuk bercucuk tanam dan hasil tanaman mereka yang banyak dikumpulkan dan diagihkan secara saksama. Kerana penanaman ini bermula sistem pemerintahan politik sejurusnya terbit agama untuk mengawal manusia. Ambik kau! Macamana kalau sejarah tak seperti yang diceritakan pada kita dahulu? Kata hos rancangan itu. Kata aku, Macamana kalau sejarah adalah seperti yang diceritakan pada kita dahulu cuma kamu yang nak sangat beria-ria mencarinya. Orang dulu, tak perlu korek untuk cari. Mereka dapat melalui pengalaman. Dan macamana kalau semuanya benar? Mereka tak perlu pergi angkasa lepas hanya pandang kelangit dan tahu itu sempadan mereka. Luar sana tak der oksigen.
Apapun yang dulu dan apapun yang sekarang. Kita cuma perlu hidup. Menghormati agama, pendapat orang lain. Menghormati kuasa politik dan kepelbagaiannya. Kerana kejadian kita dijadikan dari kepelbagaian. Kita nak jadi simple tapi binaan diri kita kompleks. Apapun asal, Apapun yang akan jadi masa akan datang. Jangan bagi yang ini meletup pulak, apa jer yang kita bina walaupun scientis sekalipun meletup sana sini. Ini rumah terakhir kita, jangan bagi dia meletup. Aku tak nak tunggu 4 billion tahun lagi untuk kita bertemu lagi. Setiap kehidupan pasti ada tempat untuk pulang. Dari cari mana asal kita, mari kita cari jalan pulang. Balik ke asal.
Punya panjang aku tulis. Tengah boring sangat ni. Biasanya, ada anak nak bercerita semua yang ku lihat dan semua yang ku dengar. Ni dia dah tak der, aku harap dia masih membaca dan teruskan hidup macam monyet2 dalam cerita ku tadi. Belajar untuk hidup, belajar untuk nyala api dan belajar untuk jadi lebih pandai lagi. Dan selepas beroleh semua ini.... cari jalan pulang.
I LOVE YOU GIRLS, and I WILL ALWAYS MISS YOU. May what ever you're doing now makes you the most brilliant 3 monkeys ever coz' at the end of the day we will come back to 1. Love you, may god be with you always and may he watched your back for you. - MAMA


Tiada ulasan:
Catat Ulasan