Katanya ada Novel yang terlaris ditulis oleh penulis terkemuka tentang tajuk yang sama ini. Aku tidak tahu samada tajuk yang akan aku tulis ini dapat menandingi kehebatan penulis tersebut tapi aku hanya tahu apa yang akan aku tulis ini menggunakan saki baki keikhlasan yang masih ada dan tinggal dalam hati.
Orang tua ini atau orang lama ini tinggal di kaki bukit yang dulu lebih dikenali sebagai Bukit Belacan. Dibelakang rumahnya terdapat sederetan tanah tinggi yang memisahkan tempat ini dengan kawasan Ulu Langat. Dia, merupakan seorang lelaki yang menanggung sakit selama 15 tahun dengan kehebatan yang luar biasa. Jika dipandang dari luaran dengan kerja2 yang dilakukannya dirumah.. dia mengalahkan orang yang sihat. Sakitnya bukan sahaja buah pinggang yang perlu dicuci selama 3 kali seminggu malahan jantung yang bergerak lemah menyebabkan dia mengalami kesukaran bernafas. Tetapi kerja hariannya, kalau dilakukan oleh orang sihat pasti mereka akan termengah-mengah mengatasinya.
Aku amat amat kenal pada orang ini. Waktu aku belajar agama aku pulang bertanyakan sesuatu yang tidak aku faham. aku tanya pada dia "Kenapa ada orang boleh ke syurga dan ada orang tempatnya dineraka". Orang tua ini dengan pendidikan yang amat sedikit kerana kesusahan hidup yang dilalui keluarganya waktu kecil cuba menjawab. "Kerana dunia ini perlu berlaku adil, mas". Semua orang tak mungkin menuju ke suatu tempat. Baju yang kita pakai pun lain2 hanya darah kita warnanya sama. Aku yang masih kecil bertanya " Macamana kalau kita nak semua orang pergi syurga (......) ada gelaran yang ku panggil pada orang lama ini?". MUNGKIN katanya, seorang sahaja dari kita perlu terbakar selamanya dineraka dengan niat yang amat ikhlas untuk menyelamatkan semua orang. "Kenapa?", tanya aku yang masih keliru. Kerana timbang itu mas perlu sekata. Dan kalau kita mahu musnahkan timbang itu atau buat timbang itu tidak berfungsi maka timbang itu perlu berat sebelah. Dan MUNGKIN ia hanya perlu seorang dari kita dengan niat yang sedemikian.
Aku sentiasa mengingati cerita ini kerana penghujungnya. Diwaktu itu, aku tanya lagi dan bagaimana kalau mas pulak ingin jadi orang itu. Dia tergelak, kenapa kamu nak jadi macam itu? Superman pun tak leh tahan... kamu banyak sangat tengok cerita kartun, mas. Itu sebab kamu pun macam kartun katanya bersenda denganku. "Yelah, macamana kalau mas boleh jadi orang yang macam itu, sanggup terbakar selamanya dineraka dan biar semua orang pergi syurga. Api neraka mas, bukan macam api dapur gas mas..katanya. Yelah jawab aku, siapa pula nanti (nama gelarannya yang masih ingin ku rahsiakan), akan selamatkan mas. Dia memandang aku dengan sedih, redup amat amat redup matanya... Itu mustahil mas, itu amat mustahil kalau ia boleh dilakukan pun itu mungkin tidak dilakukan... Macamana tanya ku lagi..degil, aku perlu jawapannya. Dia menjawab dengan lembut.. UNTUK MENYELAMATKAN KAMU, MASRIYATI IA AKAN MEMERLUKAN SEMUA ORANG. " Ini tidak adil, kata aku mengikut gaya pelakun 3 Abdul sewaktu cerita itu mengisahkan tentang pembahagian harta 3 adik beradik..Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub. Dia tergelak..memang manis gelak orang tua ini. Hairan kenapa untuk menyelamatkan semua orang perlukan seorang dan untuk menyelamatkan seorang perlukan semua orang.
Aku gali buku dari pelbagai agama...tiada yang seperti diceritakan oleh orang tua ini. Dan diwaktu dewasa ketika aku pulang semula menemuinya.. tapi demi Allah ketika itu aku sudah amat terlambat. Dan dibilik yang tertutup aku meraung-raung meminta dia pulang.. tapi dia tidak pernah akan pulang. Dia bukan 'wali Allah' yang ghaib macam cerita2 orang2 lain. DIA ADALAH AYAHKU yang membesarkan aku dengan kasih sayang ibu. Aku berjalan 20 tahun mencari gantinya sebagai suamiku namun tak pernah ku temui. Insan ini tiada gantinya. Dia adalah ayahku, satu-satunya orang yang mencintai aku.. orang yang meninggalkan pesan padaku disaat akhirnya sebulan sebelum pemergiaannya. Dia tiap kali ku tanya, akan menjawab dengan baiknya tanpa menggunakan ilmu pelajaran yang tidak mampu diterimanya. Bila ku tanya waktu kecil... yang tergantung-gantung kat langit banyak2 itu apa, ayah? Itu mas, hati2 orang2 yang baik yang telah pergi yang Allah paparkan untuk kita lihat bila kita rindu mas. Guru Sainsku tidak dapat menandingi kehebatan jawapannya. Dia adalah orang yang paling berilmu yang pernah ku kenali dan sayangi..
Di satu majlis keramaian yang lain, yang baru2 diadakan. Aku terpandang sepasang mata insan yang lain serupa seperti mata ayahku ini. Tiap2 kali aku menemuinya, aku pasti tidak dapat menahan sebak didadaku. Aku meminta, aku merayu pada anak yang masih mempunyai ayah yang seperti ini .. kerana aku amat yakin matanya serupa dengan ayahku. Aku sujud di kaki langit....... Tolonglah aku..untuk manyayangi orang ini ketika dia masih berdiri kerana bila dia pergi... aku dan anak ini hanya mampu memandang ke langit dengan penuh yakin dan rindu yang teramat sangat memandang hatinya tergantung di sana.
Kalau di tanya, mana berlian aku...dia ada pada orang tua ini. Dan kalau mereka sering tercari-cari, asyik bertanya-tanya dan cuba menyatakan satu persatu sebabnya didepanku untuk melihat reaksi aku, sebab mengapa aku marah begini.. kerana orang tua di kaki bukit itu di tuduh, dia di tuduh. Mereka membuat dia menangis.. dia tinggal seorang diri dikalangan mereka tanpa saudara mara terdekat, meraka membuat ayahku menangis.. Demi Allah, aku sendiri tidak tahu jika dia akan pernah memaafkan mereka. Aku rela terbakar selamanya dengan niat mereka ke syurga... Dan atas sebab itu, aku akan jadi satu-satunya manusia yang terbakar selamanya agar kamu dan mereka ke syurga ... kerana DEMI ALLAH, aku amat-amat menyayangi orang tua di kaki bukit ini. Amin.







