Khamis, 6 Februari 2014

Kali pertama memancing dilaut ... best tapi terluka (sama macam membernya)

Sebelum sungai, sebelum lombong, sebelum tasik dan sebelum aku terjerumus ke lembah kolam. Inilah pengalaman pertama aku memancing. Aduih! memang seronok. Kali pertama, aku merasa pacak. Memang betul kata Otai kolam, 'Pacak itu indah' tapi kalau dah 'kampau' aduih!


Lebih dari 20 tahun yang dulu sebelum aku mengenali suamiku, waktu tu aku nak kenal diri-sendiri pun tengah kelang-kabut gak. Waktu aku jalan-jalan cari makan. Aku duk merayap jauh sikit sampai ke Pulau Pangkor. Katanya, kalau kita nak merajuk biarlah pergi jauh-jauh. Serik pun ya, bila ingat balik bas yang pernah ku turun naik. Kadang2 beg yang ku jinjing pun dah nak naik terbarai tengah jalan. 

Tu dia Pulau Pangkor.


Kutu pun leh mati tinggal kat bilik quarters sorang2 bila room mate duty. Jadi aku jadi kutu rayau ...

Ingatkan nak layan laut cam TV. Romantis2 gitu, cadangnya. Hmmm! aku pun menapak jauh ke jeti tempat penumpang2 Resort turun. "Layan viewlah", kata hatiku. Tengah malam nak layan ke view apapun aku tak tahu. Sampai jeti aku dok lah tengok mamat Bellman layan candat sotong kat jeti. Ada lampu jeti, banyak pulak sotong kat situ. Maklumlah Private Island, nelayan tak leh nak masuk area kami memang diaorang tak benarkan. Al-gamaknya, banyaklah sotong2 bercanda kat situ. Why aku pun, dah macam rupa beruk pun ya, terpikat tengok cara diaorang candat sotong. Kat KL, mana ader org candat sotong maka aku pun terpegun dan terhappy sangatlah waktu tu. Aku pun try, mesti try. Tu dia! aku candat berterabur ink sotong memancut-mancut dalam air. Fulimak! ku ingat takat menakjubkanlah ... rupanya sotong aku dah lari. Ala! mana nak ku cari lak skill yang macam ini. bellman aku pun dengan sukarelawanya 'STOP! I do for youlah.. kata mamat Filiphino tu pada aku. Sah! aku dah rupa mangacau pun ada. Jadi, dia bagi aku tali pancing. member aku sorang lagi dapat pancing aku dapat tali jer .. dapat tali pun aku happy gak. Manja punya pasai dia siap cucuk2kan sotong kat mata pancing ku bersama tali super string aku tadilah. kalau dia Orang Melayu, memang dia dah sebut 'Ok amik ni, pergi main jauh2. Aku pun dah fahamlah signal yg cuba dia buat.. dia cakap English pun aku kurang nak faham..so, aku bawaklah diri jauh2. Tu dia ... tali pancingku dah siap umpan.



Aku duk kat Jeti, hulur tali ke bawah.

Duk tempat gelap sorang2. member aku, ada pancing .. layan dapat baling jauh ke tengah laut. Aku dok tengok. aku nak baling pancing pun tak reti waktu itu, jadi layan tali pun dah OK.
Lama gak aku tunggu, waktu dah tengah malam. Air tengah pasang. Aku duk pegang tali. Ada umpan lagi ke nih, sawan nak tengok umpan aku memang camtu dari awal dulu lagi, sekali sekala aku check, Abg Borhan yang on duty kat Guard Post tu kata 'Ada umpan lagi mas, janganlah dok tarik jer... jenuh nanti diaorang nak candat sotong. OK, aku percaya memang ada umpan. K aku tunggu.

Air pasang semakinlah hebatnya. Takat air dah mula naik. Tiba2 tali aku pacak. Tu dia punyalah nak pacak.. dengan kuat nyer ... terus jer tak der stop (2x) aduih! tangan aku macam dah kena pisau ... meleleh darah. Ala! Labu tangan dah darah nih tapi tali pancing ku pegang jugak ... Berlari Abg Borhan bawak kain buruk balut2 tangan aku. Tali tetap ku pegang. Mak Ooi, punyalah kuat ikan. Aku tarik, cam Pertandingan tarik tali pun ya aku tarik sampai habis nyawa ... ikan pun ku daratkan. Alimak! katak rugged..aku dapat Jenahak 3 kilo. Aku tanya Abg Borhan .. Ini ikan apa, bang?. Jenahak, mas. Ikan ni 'Mahal'. Aku pun dah start menari .. dah yelah aku menari-nari .. happy. Cantik lak ikan aku. Aku cium ikan, ikan pun cium aku balik. Punyalah happy. Tangan yang berdarah tadi .. aku pun dah tak hirau ... Lancar darah aku, bab ni sampai meleleh-leleh.


Sepanjang malam sampai kul 5 pagi, macam2 jadi kat aku. Time Pari naik ku buang tali lalu ku capai balik pun ada. Diaorang kata, 'Ular' aku dah dok takut. Last2 pari naik punyalah sangkut2 dia kejekan tali. Aku lak duduk main guitar ngan tali wat muzik supaya dia gerak. Rezeki kali pertama, aku melimpah ruah... 13 ekor ikan ku daratkan atas 2 kilo dengan tali pancingku.Alhamdulilah, amin rezeki pertamaku. Member aku yang dapat pancing pinjam tadi pun dah tak nak pancing ... tunggu punya lama dengan pancing dia, dapat ikan accident jer sebat badan. Dia pun asyik tolong aku. Amin... banyak betul rezeki aku. Aku hadiahkan semua pada Abg Borhan ... esoknya, aku dapat lauk sup masakan isterinya hasil pancingan aku .. Ya allah! tiada yang lebih manis dari ini.


Tiap malam2 pada bulan yang akan datang sepanjang aku di situ, seorang berbekalkan taliku.  Adakala aku ikut 'ayah angkat ku' Pak Lang ke laut. Aduhai, tiada yang lebih indah dari itu. Kulit ku rentung pun, aku puas hati. Dah rupa Negro pun, aku tak kisah.  Ada ketikanya, aku duk kat laut tak ingat rumah. Tapi setelah pulang dari Pangkor ... awat nak telan ikan pasar kamin payah. Aduih, aku pulang dengan tekak orang kaya, ikan pasar dah jadi tawar. Jadi, kalau orang ajak aku mancing laut.. memang syok! aku terus ikut, aku terus panggang ikan kat situ tak sabar2 tak yah nak pakai kunyit ngan garam. Pakai jer air laut, cuci(2) guna pancang bakar ikan pun jadik gak aku ni. Bila suami ku toleh, ikan tadi dah tak der lagi ... habis semuanya aku telan tak yahlah nak fikir dia. Kes kempunan aku dah melarat.


Aduhai, Laut ... terpelantingkanlah seekor ikan wat aku kat sini. Amin








Isnin, 3 Februari 2014

Beri laluan ...

Waktu kali pertama aku menang di  KolamTerachi,
terima kasih pada semua yang membantu aku di waktu itu.

Banyak kali aku dengar perkataan ini ketika aku memancing di kolam. Kadang2 ia bermaksud 'jgn kita sentap tali pancing kita jika ia bergoyang kerana mungkin ia terkena tali si penarik, terkadang pula ia bermaksud kita perlu mengangkat pancing kita untuk pemancing lain menarik. Dan adakalanya kalau pancing kita tersebat dengan sipenarik, kita kena bagi tali untuk memudahkan pemancing lain tarik. Apapun keadaan, 'beri laluan' merupakan satu permintaan dari satu pemancing kepada pemancing yang lain. Dan adakalanya di sesetengah kolam kecil semua pemancingnya akan mengulung tali ketika ikan besar sedang ditarik untuk  memudahkan pemancing mendaratkan ikannya. Apapun keadaan, aku sentiasa gembira bila mereka memberi laluan tersebut dan adakala bila sipenarik lebih mahir dia akan menarik tanpa menggangu pemancing lain. Aku akan terpegun melihat kemahiran mereka, mereka menurunkan pancing dibawah pancing lain dan menjaga tali pemancing yang lain agar umpan mereka tidak terganggu. Dan adakala, bagi pemancing yang bertenaga mereka akan mengepam ikan mereka dengan kuat agar datang segera tanpa menggangu ikan pemancing lain dan mereka menarik dengan cara yang selamat untuk mengelakkan malapetaka terkena mata akibat terlucut. Adakala ada pemancing yang mengepam lembut menjaga mulut ikan agar esok ikan dapat sembuh cepat untuk pemancing lain menariknya. Apapun tujuan, semuanya mereka fikirkan untuk kepentingan pemancing lain. Dan adakalanya, aku akan tertawa apabila ada pemancing lain yang menyiram tali kawan mereka takut panas kerana terlalu lama menarik. Pasti ada gelak tawa antara mereka.

Tapi bagi aku beri laluan memberi erti maksud yang jauh lebih mendalam. Dalam banyak keadaan bagi aku ketika menarik ikan, aku punyai ramai guru. Dari satu pancing ke satu pancing mereka akan memberi laluan dan menjaga cara aku menarik ikan dan adakala bagi kolam yang lebih 'sporting' waktu aku terkena tali mereka aku akan menghulurkan pancingku maka kami akan lari berganti-ganti menarik ikan. Keadaan itu sentiasa membawa kegembiraan bagiku. Dan kata2 'beri laluan' juga membawa erti kata lain bagiku, ada ketikanya waktu aku memancing mereka akan memberi umpan padaku, aku akan menyimpannya dan membawa ia berjalan ke kolam lain dan diwaktu hatiku susah dan terfikirkan akan pemancing tersebut. Aku akan menggunakannya, dan pasti waktu aku rentung ketika itu.. aku akan dapat menarik seekor ikan kerana umpan tersebut. Dan adakalanya, ada pemancing yang membuat umpan untukku agar aku dapat menarik dan adakalanya mereka akan mengajar ilmu itu padaku agar aku tahu. Pernah juga, umpan ini membuat aku sedih kerana kehilangan kawan akibatnya sehingga aku tidak mahu ada umpan lagi kerana tidak mahu kehilangan kawan. Aku sanggup rentung dari ada 'umpan power' mengikut istilah mereka. Lelaki diharuskan mempunyai ego, untuk menjadikan mereka ketua keluarga yang baik. Memang mereka dijadikan seperti ini. Dan tatkala mereka membuat umpan pasti itu juga salah satu bahan yang terkandung dalamnya. Itu juga merupakan 'kemahiran dan kebanggaan' mereka. Tapi bagi aku kaum Hawa, aku berjalan dengan bertingkat-tingkat umpan mereka, untuk mencari umpan yang mana satu 'memberi laluan' padaku. 

Dan adakalanya 'memberi laluan' bermaksud yang jauh lebih mendalam dari semua yang diatas. Adakala, mereka tidak membekalkan umpan padaku. Mereka hanya berniat untuk aku menarik. Mereka sebut dan terus 'aku pacak', hanyir dari mereka berpindah padaku. Dan waktu bertanding, tatkala aku tidak dapat membaling umpanku kerana kekurangan ruang aku pernah lihat sekumpulan pemancing 'memberi laluan' untuk pancing aku dibalingkan dan nah! aku mendapatkan seekor ikan yang meletakkan aku terus ke podium.

Ampun, bagiku  'beri laluan' adalah satu kata-kata yang mempunyai maksud yang sangat mendalam hanya bila pemancing itu dapat merasakannya maka istilah 'umpan power' pasti dapat ditewaskan dengan pengertian itu. Dengan 'umpan power' tanpa laluan ikan mungkin tidak dapat didaratkan. Tanpa umpan power, hanya dengan niat pemancing lain... aku pernah lihat dan rasakan ia didaratkan.

'Ini terima kasih ku pada mereka'. Ini terima kasih ku pada mereka yang mengajar aku erti kata memancing yang jauh lebih mendalam.

Aku berharap di dunia yang lain yang akan datang. Di kehidupan yang lain, mereka akan memberi laluan padaku. Amin.

Anak sulungku, menang ikan terkecil di Kolam Terachi untuk kali pertama..amin

Suamiku menang Ikan terbesar 'Midnite' Di Terachi untuk kali pertama.. amin