Selasa, 31 Disember 2013

Seorang Tua Di Kaki Bukit..



Katanya ada Novel yang terlaris ditulis oleh penulis terkemuka tentang tajuk yang sama ini. Aku tidak tahu samada tajuk yang akan aku tulis ini dapat menandingi kehebatan penulis tersebut tapi aku hanya tahu apa yang akan aku tulis ini menggunakan saki baki keikhlasan yang masih ada dan tinggal dalam hati.

Orang tua ini atau orang lama ini tinggal di kaki bukit yang dulu lebih dikenali sebagai Bukit Belacan. Dibelakang rumahnya terdapat sederetan tanah tinggi yang memisahkan tempat ini dengan kawasan Ulu Langat. Dia, merupakan seorang lelaki yang menanggung sakit selama 15 tahun dengan kehebatan yang luar biasa. Jika dipandang dari luaran dengan kerja2 yang dilakukannya dirumah.. dia mengalahkan orang yang sihat. Sakitnya bukan sahaja buah pinggang yang perlu dicuci selama 3 kali seminggu malahan jantung yang bergerak lemah menyebabkan dia mengalami kesukaran bernafas. Tetapi kerja hariannya, kalau dilakukan oleh orang sihat pasti mereka akan termengah-mengah mengatasinya.

Aku amat amat kenal pada orang ini. Waktu aku belajar agama aku pulang bertanyakan sesuatu yang tidak aku faham. aku tanya pada dia "Kenapa ada orang boleh ke syurga dan ada orang tempatnya dineraka". Orang tua ini dengan pendidikan yang amat sedikit kerana kesusahan hidup yang dilalui keluarganya waktu kecil cuba menjawab. "Kerana dunia ini perlu berlaku adil, mas". Semua orang tak mungkin menuju ke suatu tempat. Baju yang kita pakai pun lain2 hanya darah kita warnanya sama. Aku yang masih kecil bertanya " Macamana kalau kita nak semua orang pergi syurga  (......) ada gelaran yang ku panggil pada orang lama ini?".  MUNGKIN katanya, seorang sahaja dari kita perlu terbakar selamanya dineraka dengan niat yang amat ikhlas untuk menyelamatkan semua orang. "Kenapa?", tanya aku yang masih keliru. Kerana timbang itu mas perlu sekata. Dan kalau kita mahu musnahkan timbang itu atau buat timbang itu tidak berfungsi maka timbang itu perlu berat sebelah. Dan MUNGKIN ia hanya perlu seorang dari kita dengan niat yang sedemikian. 

Aku sentiasa mengingati cerita ini kerana penghujungnya. Diwaktu itu, aku tanya lagi dan bagaimana kalau mas pulak ingin jadi orang itu. Dia tergelak, kenapa kamu nak jadi macam itu? Superman pun tak leh tahan... kamu banyak sangat tengok cerita kartun, mas. Itu sebab kamu pun macam kartun katanya bersenda denganku. "Yelah, macamana kalau mas boleh jadi orang yang macam itu, sanggup terbakar selamanya dineraka dan biar semua orang pergi syurga. Api neraka mas, bukan macam api dapur gas mas..katanya. Yelah jawab aku, siapa pula nanti (nama gelarannya yang masih ingin ku rahsiakan), akan selamatkan mas. Dia memandang aku dengan sedih, redup amat amat redup matanya... Itu mustahil mas, itu amat mustahil kalau ia boleh dilakukan pun itu mungkin tidak dilakukan... Macamana tanya ku lagi..degil, aku perlu jawapannya. Dia menjawab dengan lembut.. UNTUK MENYELAMATKAN KAMU, MASRIYATI IA AKAN MEMERLUKAN SEMUA ORANG. " Ini tidak adil, kata aku mengikut gaya pelakun 3 Abdul sewaktu cerita itu mengisahkan tentang pembahagian harta 3 adik beradik..Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub. Dia tergelak..memang manis gelak orang tua ini. Hairan kenapa untuk menyelamatkan semua orang perlukan seorang dan untuk menyelamatkan seorang perlukan semua orang.

Aku gali buku dari pelbagai agama...tiada yang seperti diceritakan oleh orang tua ini. Dan diwaktu dewasa ketika aku pulang semula menemuinya.. tapi demi Allah ketika itu aku sudah amat terlambat. Dan dibilik yang tertutup aku meraung-raung meminta dia pulang.. tapi dia tidak pernah akan pulang. Dia bukan 'wali Allah' yang ghaib macam cerita2 orang2 lain. DIA ADALAH AYAHKU yang membesarkan aku dengan kasih sayang ibu. Aku berjalan 20 tahun mencari gantinya sebagai suamiku namun tak pernah ku temui. Insan ini tiada gantinya. Dia adalah ayahku, satu-satunya orang yang mencintai aku.. orang yang meninggalkan pesan padaku disaat akhirnya sebulan sebelum pemergiaannya. Dia tiap kali ku tanya, akan menjawab dengan baiknya tanpa menggunakan ilmu pelajaran yang tidak mampu diterimanya. Bila ku tanya waktu kecil... yang tergantung-gantung kat langit banyak2 itu apa, ayah? Itu mas, hati2 orang2 yang baik yang telah pergi yang Allah paparkan untuk kita lihat bila kita rindu mas. Guru Sainsku tidak dapat menandingi kehebatan jawapannya. Dia adalah orang yang paling berilmu yang pernah ku kenali dan sayangi.. 

Di satu majlis keramaian yang lain, yang baru2 diadakan. Aku terpandang sepasang mata insan yang lain serupa seperti mata ayahku ini. Tiap2 kali aku menemuinya, aku pasti tidak dapat menahan sebak didadaku. Aku meminta, aku merayu pada anak yang masih mempunyai ayah yang seperti ini .. kerana aku amat yakin matanya serupa dengan ayahku. Aku sujud di kaki langit....... Tolonglah aku..untuk manyayangi orang ini ketika dia masih berdiri kerana bila dia pergi... aku dan anak ini hanya mampu memandang ke langit dengan penuh yakin dan rindu yang teramat sangat memandang hatinya tergantung di sana.

Kalau di tanya, mana berlian aku...dia ada pada orang tua ini. Dan kalau mereka sering tercari-cari, asyik bertanya-tanya dan cuba menyatakan satu persatu sebabnya didepanku untuk melihat reaksi aku, sebab mengapa aku marah begini.. kerana orang tua di kaki bukit itu di tuduh, dia di tuduh. Mereka membuat dia menangis.. dia tinggal seorang diri dikalangan mereka tanpa saudara mara terdekat, meraka membuat ayahku menangis.. Demi Allah, aku sendiri tidak tahu jika dia akan pernah memaafkan mereka. Aku rela terbakar selamanya dengan niat mereka ke syurga... Dan atas sebab itu, aku akan jadi satu-satunya manusia yang terbakar selamanya agar kamu dan mereka ke syurga ... kerana DEMI ALLAH, aku amat-amat menyayangi orang tua di kaki bukit ini. Amin.


Khamis, 12 Disember 2013

PANCINGKU.... dia bernyawa :)

"Jangan langkah pancing tu', teruk aku kena marah kali pertama dulu malahan peristiwa ini terjadi lama dulu waktu aku di tebing sungai Malim Nawar sedang memancing udang. Nak menangis aku ketika itu. Kerana degil, aku menjawab dalam hati 'Pancing jer pun, banyak lagi benda dalam dunia ini kita langkah2kan tak der pun aku kena tengking. Kes melawanku masih ada dalam hati.


Lepas kena marah, kita kena tabahkan diri.. masak maggi, wat kopi sekali
pastu rasuah sifu2 kita ... mesti pacak nyer hi!hi!hi

Baru aku tahu... kenapa guru BMku dulu keluarkan karangan bertajuk 'Aku sebatang pen" dan ketika itu aku menulis seakan-akan aku itu sebatang pen. (Siap tulis tempat lahir, aku dibuat dari apa?, nak tergelak aku kengkadang ingat semula penulisan aku ketika itu). Pancing pertama aku, 15 tahun dulu ku beri nama sempena anak sulungku. Sepanjang penggunaannya 'Dia memberi rezki ikan yang melimpah padaku baik kecil mahupun besar'. Setiap kali memancing aku pasti bercakap-cakap dengan pancingku. Ada ketikanya ku kejutkan pancingku sewaktu ikan susah makan 'EH! eh bangun2 tidur pulak pancing ini, bangun keje2' kataku dan dalam banyak keadaan pancing itu bangun dan aku 'strike' ikan. Ada kala ku urut2 pancing itu memujuk untuk mencari ikan dan adakala ku mandikan pancing dengan air kolam takut pancing ku tertidur menanti ikan. Aku tak sedar perbuatanku memberi nyawa pada pancingku. Dan pada satu hari ketika pancingku amat payah makan aku secara tidak sengaja memarahinya  'kau kalau tak makan aku ganti lain, malahan semalam aku ada 'usha' 1 pancing Abu Gracia siap ngan mesin, pancingnya jauh lebih lembut sebab aku dah penat pam ikan bagai nak tercabut mulut ikan ku kejekan, kali ini aku nak jaga mulut ikan dan pam dia lebih lembut lagi. 'Tang', waktu pancingku dapat ikan kecil selepas aku marah, tengah aku pam tiba2 pancingku patah... Ya ampun, dia bernyawa kataku. Meleleh airmataku ketika pancingku patah..ikannya pula tak sampai sekilo pun, dah patah. Ternyata mulutku terlalu celupar waktu itu. Pancing yang dah banyak berkhidmat untuk ku patah ... dia merajuk. Ku baiki, aku simpan kerana aku tahu dia tak sekukuh dulu lagi. Hatiku amat-amat sedih.

Inilah pancing pertamaku, atas
sampan pun dia leh posing gak..katanya gaya Marilyn Monroe gitu.

Nasib baik dia tak buat gaya camni
atas sampan .. baru betul 'pancing pacak jer'
Ku beli pancing keduaku. Wah! kali ini branded konon. Batangnya 'Abu', Pancing 'Abu' siap dengan mesin 'Abu' ukuran 1000 kecik sesuai untukku siap dengan tali tangsi 'hantu' 20 paun baru lagi. Ceh Wah! Kononnya aku nak pam ikan dengan pancing lembut ni.... nak lawan ' 1 to 1' dengan ikan konon. Ambik kau, baru aku rasa kuat ikan 'terjerit-jerit, terlolong-lolong aku panggil suamiku, habis pemancing disebelahku pun turut kelang-kabut kalau suamiku ketika itu sedang sibuk diaorang pun terbabit sama menarik ikan aku. Aduh! tak leh kata aku. Pancing Kedua ku bukan dayaku. Ku beri nama 'anak kedua'ku. Ikan yang ditarik jauh lebih kurang dari yang pertama tapi setiap kali pancing itu kena ikan, ikan nyer jauh lebih besar. Pancing keduaku membawa tuah yang amat baik dari segi jackpot hingga ke pertandingan sgt, sgt bertuah tapi aku tak daya tarik. Rasa nak tercabut nyawaku ketika aku menarik. Setelah penat berkhidmat memberi tuah padaku sekali lagi mulutku tercelupar, terlupa peristiwa lama dan Nah! 'Pang' patah kali kedua batang dan mesin patah sekali.. Ya ampun, aku masih belum belajar. aku amat amat kecewa dan sedih. Ku letak simpan pancing tersebut belum ku baiki kerana kosnya tinggi untuk ditukar ganti.

Yang Ini pancing kedua, cute mmg
cute, dua kali pandang cam anak cina pun ya
Terlari-lari kawan suamiku membawa pancing ganti waktu itu ketika Pertandingan. Aku ambil pancing nyer dan berkata dalam hati sekiranya pancing ini aku baling untuk kali pertama dan dia tuju ke tempat yang hendak ku baling maka akan ku beli pancing ini.... Bedepek, tepat jatuh umpanku. Sah! aku beli. Puas aku memujuk Tuannya. Bagilah akak, akak beli. Namun dia tetap degil tak nak. Aku rasa macam nak bergolek-golek pujuk dia. Tetap tak nak. Aku takut beli pancing baru takut tak hanyir. akhirnya dia mengalah. Dia kata 'OKlah kak, dah diam gi pancing sana. Aku happy dan duduk. Dengan batang itu, suamiku hadiahkan mesin kecil baru. Aduh! Puas aku berlari keliling kolam setiap kali pancing ku kena sebat dengan orang depan, dah macam orang gila pun ya. Ku ganti mesin nyer dengan mesin besar lama suamiku, Lenguh tanganku menjulang kerana mesinya berat tapi tetap ku cuba...

Aku janji tak celupar lagi pada pancingku.... aku janji untuk jaga dia baik2. Tapi, pancing ke3ku ini kamin payah dibawa jalan ditempat baru, aku selalu rentung, pancing itu hanya bernyawa di kolam sendiri namun aku tetap sabar.. Kan ku bawa dia jalan lagi sampai dia pandai cari ikan... Itu pancing ketigaku sempena nama anak ke-3ku..Semuga dia membawa tuah yang baik padaku.

Yang ini pancing terkini .. semuga dia sentiasa 'bertuah'
dilindungi Allah setiap masa

Aku tinggal berpesan. Pancing dan anak dua benda yang sama didunia dengan objek dan tujuan berlainan. Pancing boleh dibaiki dan dibeli, anak nak call order 1 dari kilangnya pun... memang tak akan pernah ada. Setiap satu pancing mahupun anak punya kuasa yang berlainan maka setiap ibubapa akan sayang sama rata pada pancingnya dengan sebab2 yang berlainan sebab nak 'order' 1 kat kilang, memang dah takde, setiap 1 dibuat dengan keluaran special editionnya hanya untuk pemilik dan penjaganya. Amin ini doaku untuk mereka agar mereka menjaga 'nyawa' yg ada pada mereka pada setiap masa. Amin

Semuga mereka sentiasa 'SELAMAT' ...
Hallo...hallo, ini dia hasil tangkapan lepas bermalam di Malim Nawar
best .. aku masih menyimpan sondak2 tajam yg ada pada udang
kata org tua2 kalau kita simpan, dia buat kita hanyir
alhamdulillah.. setiap kali mancing udang ada jer rezeki aku.. sepit biru2 yg selalu mengena..ceh wah! amin

Jumaat, 6 Disember 2013

CERAI....BERAI... lebih baik ku pilih SERAI :)

Pada December 5, aku untuk kali pertamanya masuk ke dalam bilik yang paling sedih dalam hidupku. Kali pertama aku bertemu 'HAKIM MAKAMAH SYARIAH RENDAH'. Ya allah Ya Tuhanku itu merupakan cita2ku waktu kecil. Dan yang paling sayang...cita-cita itu tak dapat ku penuhi. Walaupun agama ku 'A' berderet, sejarahku cemerlang namun kegagalan membaca dan menulis JAWI memunahkan harapanku..disamping keperibadian diri yang sangat amat2 kurang.

Aku sedih memasuki Makamah itu. Disitu hanya ada 'suami dan isteri' perkataan 'defendan; affidavit dan mcm2 lagi jadi sebutan dan peranan. Hakim yang paling garang pernah ku temui, anak aku takut dan aku bertambah-tambah lagi takut. Disitu, Ada yang minta ganti rugi perkahwinan. Hakim tengking dan membidas 'KAMU FIKIR PERKAHWINAN ITU SATU PERNIAGAAN???'. Ada yang minta cerai, Hakim jerit ' KAMU KAHWIN DULU SERONOK?'. Ada yang menyalahkan satu sama lain, HAKIM laungkan ' DIA ADA TARUK PISAU kat leher kamu, paksa kamu. HAKIMnya lelaki tapi ternyata tidak memihak dimana-mana pihak jantina. Dan ada mualaf, pengantin perempuan yang meminta dia mengeluarkan perintah wali untuk bernikah, ada saja dokumen yang tak cukup, ditanya dimana ibu dan ayah. Ada yang ditegur, lepas ini kamu nak ke mana, berpakaian tidak menutup aurat, nak ke shopping mall? Dan disuruh keluar serta merta. Aduh! Besarnya dia, dia membuat aku berfikir.

Besarnya 'DIA'. Kenapa? Di dalam bilik itu dialah 'TUHAN'. Semua yang berpangkat, berumur dan berharta tunduk padanya kerana dia mengantikan 'TUHAN' di dunia. Dan bilik ini adalah dunianya. Ya ampun, tiada perkataan yang dapat diucapkan depan dia. Baruku tahu kenapa ALLAH itu tidak berkata-kata. Dia asyik bertanya, dan setiap jawapan yang dikeluarkan oleh defendan mahupun pendakwa adalah salah. Dia tidak mahu orang datang padanya meminta menegakkan keadilan, dia juga tidak mahu membela sesiapa..seharusnya, bila kita bertemu dia hanya ada satu perasaan yang ada didalam hati ' MALU dan rasa bersalah yang amat sangat'. Sewaktu aku menuju ke kandang keterangan itu saja yang tersemat dihati ku. Perasaan malu dan bersalah, dan tiada satu perkataan pun yang sesuai untuk aku ucapkan pada 'DIA'. Setiap perkataan yang ditanyanya buat aku terdiam. Sehingga 'DIA' memberi pilihan jawapan padaku, aku memilihnya. Air mataku bertakung menunggu untuk berteraburan. 40 kes penceraian, 3 kes untuk diwalikan...baru 1 diceraikan itu pun menggunakan peguam dan baru 1 perintah 'wali' keluar. Ya ampun di dunia, DIA tuhan dah begini sukar...macamana kalau disana nanti... di padang dimana TUHAN yang sebenarnya ADA. Ya ampun, bagaimana nak ku sebut, nak ku bela dan nak ku tatapi muka DIA?

Baru aku tahu DIA tak suka CERAI. DIA amat marah pada CERAI. Dan wanita ketika lelaki menyebut perkataan itu seluruh dunianya runtuh bersamanya. Bagaimana mereka mungkin berkahwin semula selepas mengharungi ini? Aku pernah melihat sepasang suami isteri yg bergaduh seumur hidup mereka..dan tak pernah bercerai dan walaupun sekarang mereke tetap bersama, Hawa dan JUSOH. Mulia lelaki itu menyimpan perkataan cerainya. Besar kuasa yang diberi pada lelaki dan seharusnya disimpan dengan erat dan terkatup dimulut mereka.

Ya ampun lelaki, jangan kamu cerai. Dari cerai dan berai aku pada malam hari lebih riang memancing memilih serai...amin jangan kamu sebut perkataan 'cerai' ini lagi.

sedapnya biskut ni... lapar lak perut!!

Selasa, 19 November 2013

Drama QUEEN.. aku keliru yg mana satu?

Drama Queen yg aku kenali dikaca TV biasanya seperti Seniwati Azean Indrawaty, Sarimah dan byk lagi yang kalau kita hayati lakunan mereka memang mantap. Susah nak lawan. Award berduyun2.

Tapi 'Drama Queen' yang ku kenali diluar kaca TV buat aku confious, keliru samada mereka juga antara barisan drama queen yang sedia ada. Waktu dulu, ketika aku 'jalan2 cari makan' aku bersua dengan seorang gadis ayu, fuh! kalau dilihat dari luaran ' she was almost perfect'. Ayu, cantik, pakaiannya sopan, tutur bahasanya memang orang kata gadis yang berperadaban. Tapi waktu fail tiba2 jatuh dari mejanya, itu dia kau (maaf cakap) dia sebut 'Oh! Mak pantatnya meletop', hmmm..siap meletup lagi kata aku. Terkejut, amat terkejut ketika aku tatapi wanita ini. Waktu itu, aku tak fikir apa2 bagi aku mungkin benda ni natural aje. Ramai yang aku temui sebegitu. Tindakan refleks mereka merupakan kata2 caci hamun dan mungkin disebut secara tidak sengaja.

Disuatu masa yang lain aku tumpang kereta minah ni, kalau dari segi pakaian. memang dia seksi. Cantik tetap cantik kalau dah dipadankan dengan make up dan contact lensnya memang bergaya. Tutur katanya biasa2, adab masih ada, kasar pun ada, lembut pun ada ketikanya. Tiba2 kereta keluar dari simpang. Tu dia 'Dia terus babi, babikan kereta tu', macam2 dia sebut tak sayang nyawalah, jalan ini dia ingat bapa dia punyalah. Aku hanya senyum. Kami singgah minum dan apabila cawannya tiba2 jatuh ke lantai, perkataan refleksnya ' Ya Allah, Ya Tuhanku'. Terkejut aku, kalau ku kira warna rambut dia 5,6 mungkin 7 color pun ada. Tapi perkataan refleksnya benar2 mengejutkan aku.

Ternyata, tindakan refleks ada tindakan spontan atau orang Melayu selalu kata (tak sengaja sebut) tapi bagi aku bila ku temui kedua situasi ini, pendapat aku mula berbeza. MUNGKIN, tindakan refleks adalah perkataan yang kita sebut secara tidak sengaja, kerana otak kita tidak sempat berfikir. Ia terlalu laju untuk otak bertindak dan perkataan yang keluar itu merupakan perkataan yang ada dalam hati manusia itu. Maka dari refleks itu kita dapat sedikit sebanyak menilai hatinya. Kalau kata caci hamun yang keluar dari mulutnya itu mungkin orang yang suka maki hamun, memerli, mengata orang dalam hati dah terlalu banyak dia menyebut dalam hati sehingga hati dapat menghafal perkataan itu. Dan kalau perkataan yang baik disebut maka itulah perkataan yang sentiasa ada dalam hati orang tersebut.

So yang mana satu Drama Queen antara dua gadis ini aku tak pasti, tapi rasanya aku tahu yang mana satu mungkin milik syurga. Di zaman sekarang ada ketikanya kulihat orang baik sebut ' kita tak payah fikir orang ' dan ada ketikanya ku lihat orang yang berperagai seperti 'ala-ala gangster' tapi pikir orang. Mungkin betul kata orang bila makin dekat kiamat itu banyak benda yang akan diterbalikkan.. macam selalu aku mengingatkan diriku..sama 'ERTI' dan 'LAWAN' banyak maksudnya.

Amin, untuk Drama Queen tersebut.

Or 'shut up' if you ever jumpa Drama Queen  ini ...



Rabu, 6 November 2013

Dongeng Lagenda "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah"..

Biasanya kita dengar Lagenda Budak Setan tapi yang itu aku memang tak minat. Lagenda tupai ni best, aku sendiri jumpa Tupai ni. 'Bang (3x) diaorg tembak kat Kg. Talang sebuah kg yang pernah aku tinggal dulu. Terkejut aku. Apa ke natang ada tembak(2x) ni, rupanya Tupai makan kelapa diaorg. 'Ishk'! Lama dah aku tak dengar, dulu tembak babi hutan, ni tembak tupai lak.

Aku interview gak Tupai ni. Aku tanya kata terror lompat camner leh jatuh tanah ni. Tupai ni siap jawab, 'tadi aku nak potong tang corner, dah terbabas'. Jatuh! kedepek. Habis tu 'Tak malu ker? Malulah. Tapi bila org x nampak aku panjatlah perlahan-lahan. Aku tanya lagi ' Tupai, kamu ada agama?' Ada, jawab Tupai. 'Agama apa?'. Islam jawab Tupai. Aku tanya' Naper nampak bulu jer ni, tak tutup (2x), Tupai senyum jawab ' tak cukup ilmu'. Terkejut aku dengar jawapan itu. Ilmu apa kamu cari, dulu tak pergi sekolah ke Tupai? 'Pergi' jawab tupai. Habis belajar tak pandai?, tanya aku lagi. Bolehlah, jawab Tupai ringkas. Periksa tak lulus ker, tanya aku. Tupai walaupun dah berbulu-bulu badannya, terus jadi merah menyala.. aku dulu periksa Agama dari Darjah 1 - Tingkatan 5, A1 lah. Hari diaorg bukak musabaqah kat Kg Tupai (2x) dulu aku jadi Johanlah walaupun suara aku serak (2x) basah ni. Sah! ada ilmu  tak amal kamu, Tupai. Kali pertama dalam hidupku, aku lihat Tupai mengamuk. 'Kepala hotak kau berjambul katanya ' Aku tak fahamlah apa aku belajar, aku menghafal jer '. Aku baca Arab tak faham, aku baca translate Melayu pun tak faham. Aku boleh hafal jer. OK Tupai 'Jangan marah, kata aku'. Tolong jangan marah.

Sumpah, aku takkan tanya Tupai lagi kenapa dia jatuh kat tanah. Dan kalau manusia nak tembak dia pun tembaklah. Aku kesihan melihatnya. Tupai lari naik atas pokok menghampiri anaknya. Kata Tupai ' Jangan lagi kamu menghafal, tolong faham. Lyrik lagu lagi kita menangis kerana faham. Cerita TeleNovela lagi kita meleleh kerana kita faham. Aku ingat pesan Tupai, hari ini aku akan ikut Tupai. Aku panjat perlahan-lahan ketika orang tak nampak.

Aku pasti ,, dia akan menghafalnya dan memahaminya ketika solat

Tupai yang ku maksudkan ini ibu rabbit yang ku bela 6 tahun dahulu, mati dalam sangkar belakang rumahku dan dah selamat ku kebumikan bawah pokok mempelam depan rumahku, siap kapan putih lagi, cadar lama mak ku. Kalau dia tahu pasti dia pulak mengamuk.

Amin.




Khamis, 31 Oktober 2013

Rumah ditepi BUMPER

Pelik tajuk ini. Biasanya orang akan tulis cerita rumah hantu, rumah misteri dan suatu masa dulu topik yang paling hot sampai keluar suratkhabar rumah setinggan. Tapi aku memilih untuk tulis 'RUMAH DI TEPI BUMPER'.

Rumah ini terletak dikawasan rumah teres dua barisan saling berhadapan satu sama lain. Dicabangkan dalam banyak lorong. Dan rumah ditepi bumper ini terletak ditengah-tengah dikawasan itu dan jalannya curam dan merupakan rumah yang paling rendah diantara semua rumah yang ada sebelum bumper ini. Dulunya, dikirinya rumah kosong, dikanannya pun kosong dan bersebelahan kanannya pun kosong. AKU, tinggal disana tanpa jiran kiri kanan.

Hari aku sampai, hampir 10 tahun yang dulu kawasan tempat tanam bunganya ditimbuni pasir yang tinggi. Dan ditepi bumper tempat air masuk ke longkang lecak malahan ada rumput tumbuh disekelilingnya. Untuk hampir sebulan aku tinggal aku hanya duduk dalam rumah dan pergi kerja.

Kerana panas dan rumah itu nampak kosong, aku tanam bunga. Pasir yang bertimbun itu aku angkat buang dan kawasan masuk air yang tumbuh rumput itu aku cabut dan bersihkan untuk air dari jalan yang berbukit turun dengan mudah. Tapi setiap hari hujan jalanraya orang lain akan bersih tapi aku menimbun pasir, kalau ku jual pasir itu dulu pasti aku dah kaya. Aku sapu, aku buang. Setiap pagi, setiap petang. Dan mereka yang tinggal diatas selain hujan akan lakukan aktiviti harian basuhan mereka. Ada yang siram  bunga, ada yang cuci kereta, ada yang siap mandi anak kat luar dan semua air itu turun ke jalan dihadapan rumahku. Akulah longkang dan akulah becaknya. Sampai bila orang datang rumah aku, bertanya kenapa becak? Aku hanya senyum.

Dan bila hujan, aku kena sapu pasir dengan cepat sebelum pasir masuk longkang kerana aku ada longkang yang panjang untuk korek dan yang hebat lagi ada longkang yang diseal habis. Aku akan bising kalau pasir aku basah. Maka aku sapu mana yang dapat dan siram yang mana melekat kerana air harian mereka. Jalan depan rumah habis berlobang-lobang aku tampal dengan simen. Lama-kelamaan deret aku aktiviti harian mereka dihentikan namun jiran berhadapan masih belum sedar airnya turun padaku, malahan aktiviti siram menyiramnya mengalahkan berapa kali kita perlu makan nasi, biasanya kita makan 3x yang ini jauh lebih hebat. Bunganya mengalahkan nursery, basuh kereta atas jalan, mana nak basuh carpet lak, nanti nak gi niaga basuh lagi, lepas balik niaga basuh lagi, cuci kereta lagi. Aduh, dia merupakan orang yang paling sengsara aku tanggung air dan pasirnya tapi aku hanya diam selama ini memandangkan jiran. Orang lalu lalang dah muak tengok muka aku sapu jalan dan kereta yang lalu dah tak lalu nak hon aku lagi kekadang diaorang tunggu jer aku tanpa hon kerana aku terlalu leka sapu pasir.

Kalau ku tengok pasir yang ku timbun ditepi tebing sungai, pasti aku menangis. Tapi bila jiran depan ku jalanrayanya dah teruk berlubang agaknya dia minta tampal jalan baru. Nah! aku dapat jalan baru hampir setahun dulu. Happy, tapi setelah ditampal impact air dan pasir amat kuat padaku. Semuanya turun padaku dan ini melebihi 20 rumah kalau dulu belah dia akan turun pada dia dan siap corner padaku dibumper tadi. Tapi kali ini setelah ditampal semuanya padaku. Dia tak kena air harian, malahan air hujan turun dari bukit pun tak lalu. Fuh! happy sungguh dia. Aku diam, dan terus buat sapu dan sapu. Dia pulak sibuk menambah bunga yang dah tak tahu mana nak letak. Aku diam lagi. Aku tahu kadar pasir di atas jalan dan longkang sudah mengatasi keupayaan aku. Maka selama 7 bulan ku biarkan. Bila kawan datang kerumah ku aku suruh jalan terus jangan pandang taman aku, dan bila aku masuk kereta rasa cam nak lari terus masuk kereta tak nak pandang luar kawasan rumahku. Longkang tersumbat, aku tahu tapi bagi mereka yang sibuk menyiram aku hanya senyum. Nyamuk dah banyak, pasir menimbun, dan kawasan depan rumahku lecak teruk dan bila hujan. Aku banjir. Setelah hampir 10 tahun baru sekarang mereka dengar kemarahanku. Semua orang aku marah. Yang aktiviti harian tak tahu tahan air di kawasan tinggi kena marah, yang buat awning tak tahu salur ke longkang kena marah, yang tinggikan rumah ikut suka2 dia pun kena marah, cina, india dan melayu kena marah. Kawasan ku jadi sunyi untuk seketika bunyi air berkurangan dan yang lebih hebat lagi jalan yang baru ku sapu semula tadi kering. Longkang yang sumbat tadi mula reda. 

Mereka mula risau aku banjir. Waktu itu, kemarahan ku mula reda. Tapi 1 rumah yang paling tinggi masih degil mereka ada anjing di depan rumah dan air anjingnya hari2 lalu depan rumahku. Disatu hari sedang aku menebang dahan bunga kertas tadi airnya lalu, itulah kali pertama dengan tanganku memegang parang aku jerit 'Sekali lagi kamu buka air, aku pergi sana bunuh anjing kamu. Mereka sedar islam tak boleh kena air anjing, mereka sedar kanak2 Taman ini takut, mereka juga sedar ada nursery disitu. Tapi bila satu hari gate terbuka dan anak jiran berlari masuk ke rumah ku. Aku pergi bergaduh dengan ownernya tapi ada jiran melayu lama yang siap backing ' Anjing ini, dia friendly;, mas. OK friendly, tak per. OK Islam takleh sentuh air anjing kat longkang kau buang kat jalan tak per. Aku akan sabar. Jalanku dah ditampal siap bumper lagi. Aku yang kat rendah ini kena pakai bumper yang kat tinggi tu pulak mencurah2 tu tak berhadang, tak ker terbalik tu? Tak per.

Mari kita cuba saliran baru. Mari kita lihat orang yang baru tahan pasir yang baru. Mari kita lihat orang yang bersih longkang yang baru. Aku sudah dibersarakan oleh MPS. Aku cuma akan sapu pasir yang terlepas dulunya dikiriku. Aku nak tanam sayur dirumah jiran yang tinggal. Dan aku ingin pergi memancing semula.

Sebatang jalanraya, sebatang longkang menangis air nak sampai ke hujungnya. Aku bukan Melayu yang degil, aku juga bukan Cina yang melawan dan aku juga bukan India yang diam. Aku berdarah ketiga-tiganya. Aku hanya manusia yang ingin sampaikan airnya ke hujung jalan. Ini bukan politik, ini juga bukan agama ini hanya rumah ditepi bumper.

Amin. Namun aku tetap sayang mereka.

Duduk 'Rumah Api' pun belum tentu banjir lagi ... aduih!



Rabu, 25 September 2013

Bestlah Kolam ini...

Banyak kali aku dengar orang cakap ini..

Adakalanya ketika mereka tengah ghairah menarik ikan tatkala yang lain hanya sabar menunggu giliran. Tatkalanya pula ada ketika semua tengah pandang kolam ketika ikan x makan. Aku tetap senyum bila terdengar. Ada pula yang akan marah, macam memancing kat kolam renang, jom kita berenang kuak lentang. Ada juga yang marah bila ikan asyik main kat atas x turun2 makan. Ada tu, bila kita baling umpan ikan siap terbang atas tali terkejut, ada pula yang strike terus atas air. Mmmmmm...

Ada ketika kita dengar istilah 'umpan dia power'. Ada ketika ada yang mengeluh 'umpan hari ini x sedap'. Ada ketika terdengar 'ini umpan last kalau tak makan kempunan' dan nah! pemancing tu strike berbekal umpan akhir yang ada. Tapi aku lebih suka istilah umpan itu sekadar usaha, yang menentukannya tetap ada di atas.

Barangkali ini gelanggang akhir aku turun di gelenggang lelaki. Memandangkan umur dan tenaga yang semakin kurang. Dari kecil aku bermain digelanggang lelaki, bertemankan 2 sahabat karib kecilku, As dan Zali. Banyak kali aku balik nangis2 dibuli dan dipujuk dua sahabat ini. Dari selipar ke guli. Dari kena lastik biru2, ke bola cap lebam2 belakang aku dicap lelaki. Dari lilit tiang lampu buat tali layang2 aku, pecah mentol sana sini, mengelupik tangan aku nak tali kuat macam lelaki. Dari tebang sana sini dengan basikal BMX aku, patah riuk tulang aku. Dari skate board dan roller skate, melecet-lecet kaki aku nak terbang macam dia orang. Dari snooker ke pool panjat sana sini tak sampai nak cue macam lelaki. Bawa kereta, bawa moto terbang sana sini dengan akal yang pendek yg hampir meragut nyawa aku masih nak macam lelaki. Dan yang akhir, bestla kolam ini... yang kini hanya bertemankan Zali dan masih bertemankan lelaki.

Aku tak pernah terlintas nak jadi macam lelaki. Sepanjang perjalanan ini aku masuk arena mereka bertemankan lelaki. Aku tidak pernah sekali menewaskan mereka. Malahan tak pernah sekali pun mereka mencabar aku kerana mereka sedar aku lemah, dan hanya dapat setanding mereka jika di apit lelaki. Aku masuk ke gelangang lelaki dengan niat menemankan... dari kecil aku teman kawan baikku, dan bila dewasa aku temankan suamiku. Aku pilih lelaki sebagai teman. Aku selesa dikalangan mereka. 

Jadi bagi aku istilah bestla kolam ini... bila mereka menerima aku dengan hakikat ini. 

Bestla kolam ini... ini gelanggang akhir aku.



Masih disini... memancing bersama suami dan anak menantuku :)

Rabu, 18 September 2013

Isteri, perempuan & Jalang :) atau :(

Isteri, perempuan dan Jalang ...

Ada cerita Melayu dulu zaman 90'an yg dilakunkan pelakun hebat, aku tak pernah tonton siri ini. 

Tapi suatu masa dahulu, waktu aku jalan2 lagi aku duduk minum disuatu tempat sekitar Ampang sendirian menunggu giliran untuk bermain pool. Katanya, disitu banyak artis, crew drama, penerbit, penulis skrip dan kadang2 'tuan director' itu sendiri akan duduk bersantai di situ kerana tempat itu 'private' dan tertutup.

Seorang lelaki berumur menghampiri aku, duduk disebelah aku dan berbual2. 2 jam selepas itu baru aku tahu itu 'tuan director' tajuk diatas. Aku tanya, kenapa dia memilih tajuk itu? Dia hanya diam & senyum. Seorang lelaki yang baik, rendah diri dan mempunyai sepasang mata yang menarik & dalam untuk aku amati.

20 tahun selepas pertemuan itu baru aku faham kenapa dia memilih tajuk itu.... aku bawa anak2 aku ke situ dengan harapan untuk bertemu dengannya tapi aku hanya bertemu dengan seorang pelakun lelaki lama yang hebat dan amat aku hormati.

Selapas 20 tahun berlalu .. aku sedari, pangkat tertinggi yang boleh diraih oleh seorang wanita bergelar isteri, pangkat kedua bergelar perempuan. Dan pangkat terbawah mereka bergelar Jalang. Pemahaman orang Melayu bercanggah dengan orang putih. Kalau orang putih mereka akan sebut ' A wife should be a Queen in a kitchen and a prostitute in bed' while orang Melayu 2 tahap ini banyak bezanya.

Jelas sekali bagi aku, tentang fakta kawin 3..aku bahagikan dengan pemahaman ini. Tidak mungkin ada Nabi Muhammad lagi. Tiada yang akan seadilnya, Tiada yang akan sepenyayangnya dan Tiada yang akan memiliki hatinya. Tiada akan datang lagi...Nabi. kenapa? Ini pengalaman yang diceritakan pada aku oleh seorang kawan. Untuk lelaki yang berkemampuan, punya banyak harta dan wang untuk berkahwin..kebanyakkannya akan memilih untuk tidak berkawin 2, mereka lebih rela menyimpan. Susah nak kawin, nanti bila nak bagi2 harta banyak percanggahan buat pening2.. kedua2 isteri asyik keluar masuk jumpa bomoh. Dia buat dia punya hal aje. Dan bagi yang sebenarnya tidak mampu, lelaki ini akan memilih untuk berkawin kerana duduk dengan isteri yang pertama pening, wang perbelanjaan tak cukup asyik bebel. Lelaki ini memilih untuk berkahwin, lama2 leh gunakan isteri kedua untuk mensupport perbelanjaan rumah isteri pertama. Kalau tak cukup, cari 3. Aku pandang sekeliling, aku berjalan sendirian ... namun tidak ku temui Nabi. Hanya berjumpa dengan 2 perempuan bodoh ini. Yang memilih untuk disimpan untuk golongan yang mampu dan yang memilih untuk mengsupport. Barangkali aku mungkin silap tapi barangkali aku boleh juga jadi betul menulis ini.

Di zaman dahulu, Isteri Pertama.... Meraih pangkat yang tertinggi, Isteri kedua raih pangkat perempuan yang ketiga, rasanya kamu tahu pangkat yang mana diraihnya. Tapi cerita ini bercanggah dengan pemahaman P.Ramlee.. Isteri ke3nya pandai. Tapi dizaman yang serba moden ini pangkat tersebut telah diterbalikkan... Isteri ke3 digelar isteri, silelaki lebih selesa tinggal disini dan yang pertama jarang sekali macam bila lelaki ke rumah pelacur.. jarang2 sekali. Dan yang kedua masih tetap menjadi perempuan. Ramai yang marah bila aku ceritakan ini. Tapi bagi aku, aku raih ketiga-tiga ini secara fizikal melalui pengalaman benar ... mungkin aku orang betul untuk menceritakannya. 

Katanya di zaman Perang, ramai lelaki mati syahid. Maka ramai perempuan tinggal bersendirian tidak berkahwin. Di zaman ini lelaki berpakaian perempuan. Katanya dahulu ketika Perang, ayat Al-Quran berterabur ia ditulis semula selepas Nabi mangkat. Cara hidup ini hanya dibenarkan melalui penulisan selepas Nabi. Katanya untuk mengelakkan 'zina'. Ia di tulis oleh manusia. Dan hari ini aku menulis sebagai manusia, kerana dizaman moden tulisan manusia berubah ke novel cinta. Cinta hanya datang sekali, mana mungkin tiga kali? Maka lebih adil jika cinta itu kita beri pada Tuhan. Pilih, untuk memiliki yang satu. Kerana memiliki yang satu itu sudah memadai dan mengcukupi. Kerana walaupun perempuan itu dapat memiliki payung emas, hatinya tetap sakit. Dan bagi kamu perempuan, mana mungkin kamu memilih untuk menyakiti hati perempuan lain dengan membahagiakan hati lelaki. Tulang belakang hanya ada satu. Hawa.

Semuga perempuan yang soleh ditempatkan disyurga dan semuga perempuan yang kini di rumah pelacur diselamatkan kerana bagi aku... mereka tetap perempuan. Amin.

ia sekadar tulisan cerita.

Khamis, 5 September 2013

Nak salahkan SIAPA?..

Jalan2 kat Pasar Tani boleh pening... 

Kalau start awal2 pagi, macam2 boleh cari. Fresh hasilnya.
Kalau start awal2 pagi, macam2 boleh dengar. Fresh bahannya.

Gerai Pertama kita jumpa mainan. Ada anak ngan ibunya. Ibu kata tak payah kat rumah banyak. Anak dia kata nak. Siap 'head bagging' lagi kata nak, tak cukup nangis2. Then sambil tu kita dengar org cerita. Smlm rumah 'Si Anu2 gaduh, habis terbang periuk, belanga. Jiran2 lalu hop2 periuk. Nah, free periuk on sale. Kat hujung cerita. Siapa salah? Bini atau laki? Pilih satu. Aku senyum. Ahh! masalah dari azali lagi camni.

Gerai Dua, kita jumpa sarapan pagi. Kuih2, nasi lemak, mee (mcm2 lagi). Kat sini, ramai org. Semua nak makan pagi. Cerita dia pun lain juga, minyak, minyak, minyak. 20 sen naik. Sensasi yang ini. Ahh! aku senyum lagi bila end cerita, siapa salah? Kerajaan, pengguna? Pilih. Aku kenal kawan yang cari minyak. Pekak telinga dia sebelah kerana asyik menyelam. Aku kenal sahabat dari sekolah, wat security kat pelantar minyak. Terpisah dengan keluarga berbulan2. Hmmm, kalau dapat aku cucuk minyak depan rumah buh paipkan senang... Aku senyum.

Gerai Tiga, kita jumpa sayur. Yang ini mudah. Nak pilih pun senang sebab aku suka makan sayur. Ceritanya pun ringan Hal anak. Pencapaian anak, Perbandingan kemewahan. Ada pulak, yang bertanya anak dia mana? Yang ini aku diam. Hmmm, nak salahkan siapa? Ibu atau anak. Aku cuma diam, pilih sayur dan pergi.

Gerai Empat, kita jumpa ayam. Ayam kampung ada, ayam city pun ada. Tak larat beli. Muak makan ayam dah. Kat sini cerita dia lain. Cerita pasal malam tadi ada OOPs Cantas, banyak road block. Polis cari samseng. Mcm2 geng ada dan diaorg ini tengah sembelih2 org mcm ayam. Ishk mana ada. Itu cerita kita dengar, apa masalah dalaman diaorg.. entahlah. Siapa salah Polis ke Penjahat. (adik aku polis, siapa tembak adik aku,aku tembak dia...kita main tembak2. Mana nak beli pistol pun aku tak tahu.  Yang ini buat aku keliru2, kecik2 lari2 main police and thief, dua2 aku jadi. Aku berlalu pergi sambil garu2 kepala tengok harga ayam, mahallah. Semahal nyawa manusia. Ishk!

Gerai Kelima, Kita beli daging. Aku nak makan daging. Ishk! darah2 hilang lak selera. Kat sini cerita dia lain. Pasal Perang. Perang yang dibangkitkan dengan isu keagamaan. Ishk! aku marah. Dari nenek moyang lagi kita berebut. Dari sempadan tanah, kebebasan beragama, pilihan undang2 dan parti pemerintah. Kalau pada awal kurun dapat juga aku maafkan penakluk, macam Hitler. Bunuh sana-sini rebut kuasa. Yang baik hanya nak satukan manusia dgn 1 bahasa. Zaman Nabi, perang untuk kebebasan beragama. Hari ini kita masih berpuasa menghormati askar2 yang berpuasa dahulu. Punya kuat semangat mereka, kalau dulu Nabi kata ' kita kena dahaga, lapar. Makanan dah kurang, pasti askar2 Islam lemah semangat. Tapi bila Nabi lafazkan 'ini wahyu Allah' semua bersemangat. Kita menang dalam keadaan lapar dan dahaga. Bagi aku, itu dia puasa sebenar. Menghormati mereka yang berperang dulu. Hari ini, kita perang untuk apa? Semuanya dah ada. Salah siapa? Aku salahkan pengedar senjata.. kamu bangkitkan isu yang paling sensitive untuk jual peluru dan senapang. Manusia terlalu cerdik sekarang, mereka tak akan perang lagi atas isu lama.

Aku balik dengan sayur, masak sayur jer lah hari ini. Mesti aku kena marah.

Malam karang aku duduk kat gerai keenam, kolam pancing. Jumpa kawan, borak2. Kalau ikan tak makan.. nak salahkan siapa? Salahkan diri sendiri sebab tak serik-serik nak pergi lagi. Aduh! payah nyer..

Jumaat, 30 Ogos 2013

ULAR .. mana tulang belakangmu? Cerita Dongengku.

Aku memang hairan tengok ular .. tapi rupanya Ular lagi hairan tengok aku.

Dalam banyak2 ciptaan Tuhan binatang ini sangat menakjubkan. Dia tidak bertulang. Dia tidak hidup berkelompok. Dia bertelur di tempat yang selamat dan tinggalkan telurnya. Dia bawa bisa yg tidak memudaratkan dirinya. Dan dia boleh salin2 kulit. Aneh, cantik dan menakjubkan.

Perumpamaan manusia tentang ular bercanggah dengan 'makhluk istemewa' ini. Kalau malas pun macam ular. Kalau pembelit atau pembohong pun macam ular. Dan kalau kita interview ular kata ular pula ' Aku marahlah, pasal apa dia orang cakap ular camtu? kata ular yang baru2 ini aku temui. Ular ini bawa aku ke gedung bukunya, nah! ini ada buku tentang ular.. ini cerita klasik tentang ular. Cerita dongeng dulu-dulu.

Kata ular ini pula padaku. Simpan buku dan cerita ini baik2. Barang siapa yang memilikinya dia akan dinobatkan 'Raja Ular'. Pelik! punya peragai tak senonoh ular ini, org yang menjaganya dinobatkan Raja? Ishk! mengarut ke amat betul tajuk ni. Hmmm! patutlah Raja Ular Malaysia tu dipanggil Raja..dia dipercayai ular, dan ular sayang padanya.

Aku buka buku cerita karut Ular tadi, cerita klasik mereka. Kononnya pada zaman dulu Ular ini tak ada bisa, giginya yang tajam itu pula bukan digunakan untuk mematuk rupanya dibekalkan Tuhan kerana ular mengadu padanya bila hujan binatang lain boleh lari dan terbang tapi dia hanyut dengan banjir. Maka Tuhan beri dia gigi, Nah! bila hujan kamu cangkuk2 tanah, tahan supaya tak hanyut. Ular pula binatang yang patuh sentiasa mendengar perintah Tuhan. Tetapi berlaku satu kejadian pada Manusia sewaktu itu, Manusia kian hilang pegangan dan semakin jahat. Maka, Tuhan tiada pilihan lain.. Nak disuruh burung jalankan kerja ini. Burung penakut. Nak disuruh buaya, nanti Manusia pula takut. Hanya satu haiwan yang boleh menyelinap ke manusia tanpa disedari. Berjalan pun tak berbunyi. Ular.

Sedihnya Ular. Kata Tuhan kamu kena rapati Manusia kala mereka tidak sedar. Pergi ke kepala mereka dengan gigi kamu patuk kepala mereka dan sedut nanah kejahatan mereka ke dalam badan kamu. Dan sekiranya mereka tersedar dan ingin membunuh kamu gunakan nanah kamu sedut tadi sebagai bisa mematuk mereka kembali. Kemudian lari jauh2, mereka perlu mencari kamu kembali untuk penawar sekiranya mereka tidak mahu mati. Hanya bisa kamu yang dapat menawar maut mereka. Mengigil Ular, mendengar perintah itu. Sedih, takut, marah dan malu Ular itu lakukannya. Setiap hari, setiap waktu. Ular itu tidak lagi hidup berkelompok, dia hidup sendiri menyimpan nanah bisa malahan nanah bisa itu menyebabkan ular hilang rasa kasih & sayang bila berjumpa dengan ular yang lain pun dibunuhnya. Kesian Ular, tinggal sendirian. Bila tiba musim bertelur, telurnya ditinggalkan kerana takut bisanya terpatuk pada anaknya. 

Sejak itu mcm2 Ular ada, Ular yang mematuk manusia dengan bisa. Ular yang menelan manusia bulat2 pun ada. Ular yang membelit, menyerut sampai retak tulang dari atas ke bawah pun ada. Ular tak pernah percaya Manusia. Manusia pula tak pernah percaya Ular. Kesian kerana 'Nanah' mereka jadi macam ini.

Aku lari tinggalkan buku itu. Lari selaju-lajunya tapi kakiku terberhenti bila terserempak dengan Ular itu tadi. Detap hatiku ' Cantiknya ular ini' Kepalanya merah timbul diair melihatku. Aku asyik menikmati kecantikkannya. 5 minit kemudian aku disedarkan.." Mas, itu Ularlah...LARIIIII" baru aku sedar itu binatang berbahaya, tetapi kerana aku memujinya didalam hati maka dia jinak dan tidak mematuk. Ular, Ular memang kamu menakjubkan. Jangan lagi kamu dihina, pohon aku...Amin. 

Belanja sebatang rokok, boleh?

KAMU MENYERUPAINYA... kami serupa?

Suatu hari aku terdengar seorang ibu memarahi seorang anak .. kamu ini serupa dengan setan. Peragai macam setan. Aduh! perit sungguh hati aku mendengarnya.

Disuatu hari lagi, dimasa yang lain aku terdengar pula seorang ibu bertanya dan bercerita pada seorang anak , " Nanti, suatu hari yang akan datang selepas kita mati kita perlu titi jambatan terakhir kehidupan, kalau tak salah Mama 'siratulmaut' kata ibu itu pada anaknya. Kata ulamak, jambatan itu lebih halus dari 7 belahan sehelai rambut, dan setajam 7 hunus mata pedang. Kita pula sebagai manusia perlu timbang baik dan buruk kita untuk sampai ke syurga. Dibawah jambatan itu terletaknya neraka jahanam. Anak itu mendengar dengan teliti. Ibu itu bertanya pada anak itu " Katakan kamu tengah meniti titian tersebut dan ternampak Mama dibawah itu terbakar-bakar meminta pertolongan kamu, apa kamu buat?, tanya ibu dengan hiba sekali.

Anak yang masih kecil, dengan giginya yang berlapis2 itu menjawab dengan riang dan beraninya, "Saya terjun, selamatkan mama", air liurnya pun terpercik-percik bersama dengan semangat patriotiknya "Mati bersama". Gelak siibu. Happy mendengar keberanian anaknya. Sedih melihat pengorbanan anaknya.

JANGAN kata siibu... kamu jangan terjun. Kamu bukan kalis api. Semua yang terjun akan terbakar walaupun dengan niat menyelamatkan. Habis itu, tanya anak yang masih kecil itu. Kamu jalan terus kata ibu, pedulikan laungan itu, kata ibu. Dan apabila kamu selamat sampai ke syurga, pasti ada suara yang akan bertanya, " Wahai, anak ketika kamu menyeberangi silaratulmaut tadi mengapa kamu tidak terjun menyelamatkan ibu kamu tadi?", tanya suara itu. Maka dengan penuh yakin anak itu menjawab " Itu bukan ibu saya, Itu syaitan yang menyerupai ibu saya. Saya yakin saya akan bertemu dengan ibu saya, dia adalah penghuni syurga dan kerana itu saya lalu titian ini dengan penuh kesukaran untuk bertemu dengannya. 

Kerana keYAKINan anak itu, walaupun betul yang dineraka itu tadi Ibu anak tersebut. Maka Tuhan akan mengangkat Ibu itu tadi dan meletakkannya disyurga kerana keyakinan anaknya. Islam dijadikan dengan niat. Niat diasas melalui keyakinan. Yakin itu satu syufaat dan rindu itu satu zikrulallah.

Apapun warna pilihan hidup, pilih yang mudah. Pilih untuk yakin sebelum segalanya.

Amin, harap aku anak itu... kalau didunia aku tidak dipilih untuk tunjukkan harap di sana nanti waktu hatiku diuji. ini kata hatiku... 
Kemaafan dari suami itu perlu .. kerana itu jalan ke syurga.
Anak yg soleh itu juga perlu .. kerana dia ' kita ke syurga'

Isnin, 26 Ogos 2013

HEAR no evil, SAY no evil, DO no evil.. apalah ke bendanya ni?

Jalan2 ternampak 3 patung monyet mengayakan 3 watak, kata mat salleh yang mata biru tu tertulis dibawah, monyet yang pertama tu tutup telinga, yang satu lagi tutup mulut dan monyet yang last ni yang paling aku tak dapat nak faham, gaya apa yang dia keluarkan ni ... nampak aneh! One in a million monyet ni. Dan rasanya aku ada tertinggal seekor monyet lagi 'SEE no evil' tapi kat celah mana nak sumbat monyet dengan ayat ni aku sendiri pun tak tahu...

Tapi perkataan tu tetap sedap dan kalau ditranslatekan ke Bahasa Melayu dia jadi macam mak2, ayah2 dan org2 tua selalu berpesan 'JANGAN dengar kejahatan, JANGAN sebut kejahatan dan JANGAN buat kejahatan. Dan ayat akhir yang aku sendiri tak tahu kat celah mana nak masukkan ayat ni, JANGAN lihat kejahatan. Tapi bila aku cuba pindahkan perkataan JANGAN itu ke barisan kedua perkataan, bunyi dia dah macam ustaz Kejahatan JANGAN dibuat, Keburukkan JANGAN didengar, Perbuatan jahat JANGAN dilakukan dan yang last yang masih aku tak tahu kat celah mana nak masukkan ayat ni kejahatan JANGAN dilihat. Dan yang pasti ayat jangan, aku dah tak tahu nak pindah kat mana lagi, dah tak ada tempat nak bubuh atau letak. Banyak pindah-pindah.

Aku sangat suka ayat ni. Kalau diletak JANGAN didepan, budak2 ni lagi dibuat nyer. Bila aku kata api tu panas, dia boleh letak tangan dia kat situ nak try api tu panas ke tak.. sebab tu aku tak tahu mana nak letak ayat 'jangan dilihat' ni.  Kalau diletak kat baris kedua perkataan pulak budak2 ni dia leh tidur bila kita selesai cakap. Habis, aku dah confuse nak bubuh kat mana JANGAN ni... 

Barangkali ini kehidupan. Jangan atau Ya dua perkataan yang sama erti dengan maksud berlawanan. Kata JANGAN pun salah, kata YA pun salah. Kalau Tuhan, serba tahu maka manusia jadi serba salah...

HEAR no evil, JANGAN dengar kejahatan, mak selalu pesan bila ada org ceritakan keburukan org lain tutup telinga mas, budak2 bolehlah mengayakan perbuatan tutup telinga bila dia dengar.. org dewasa tak akan nak tutup kot, kecik hati si pencerita. Jadi aku selalu keluarkan gaya bebas. Gayakan jerlah apa-apa. SAY no EVIL, JANGAN sebut kejahatan... aku selalu dengar org cakap, dia cakap jer lepas tapi hati dia baik, aku tak percaya.. aku sendiri dah try yang ni, bila nak aku nak sebut jer perkataan tu tersekat sendiri. Baru aku faham yang sekatnya hati.. so aku simpulkan orang cakap lepas ni tak ada hati.. alamak dashyat sangat bunyi tu.. tak leh nak cakap benda tu. DO no evil, JANGAN buat kejahatan.. yang ni aku keliru adakala ditempat kalangan org2 baik aku terjumpa org yg jahat. Dan dikalangan org2 yg jahat, aku terjumpa org2 yg baik... agaknya betul macam org selalu sebut 'dunia ni satu pentas lakunan' yang jahat lakunkan watak yg baik. Dan yg baik lakunkan watak yg jahat... Siapa kita? Nak melabelkan org jahat dan org baik. Tag label tu hanya ada disisi Tuhan. Tiada timbang yg dapat dicipta untuk keikhlasan... hanya diukur oleh Tuhan. Maka disebabkan aku dah keliru sangat aku buat kesimpulan sendiri, manusia diciptakan dengan kebaikkan dan keburukkan. Kalau baik sangat kita dah kena promote ke Malaikatlah dan kalau jahat sangat kita ditag ' Setan'lah. Jadi aku decide ala! jadi jerlah manusia nak kena promote, aku tak selaju cahaya dan nak kena tag aku tak sepanas api. Aku dibuat dari tanah. Aku jadi tanah jer. Aku terima baik buruk nyer...

Dan yang paling last, SEE no evil, JANGAN lihat kejahatan. Kalau dulu mak aku tutup mata aku bila ada kejahatan dihadapan aku. Dan bila aku digelar emak, peredaran masa berubah ke waktu. Aku bawa dan buka mata anak aku untuk sekadar lihat kejahatan. Aku ajar pintu masuk dan keluarnya dengan harapan sekiranya ada kawan-kawan mereka membawa mereka ke situ, dan mereka lupa atau gagal untuk kata NO atau JANGAN .... Aku pernah ada disitu suatu waktu ketika dulu bersamanya dan berharap suara yang dulu aku tinggal berpesan... terdengar ditelinganya dan dia atau mereka sendiri tahu jalan keluarnya dan tak perlulah mereka tunggu kawan atau orang lain untuk tunjuk jalan keluar. Amin ini doaku untuk kamu, ini doaku untuk mereka.

Jumaat, 16 Ogos 2013

Adam.. Sipemancing.

Pening kalau fikir kenapa kaum Adam suka memancing..

Sebagai Hawa, jelas sekali ini bukan sukan Hawa. Sebagai Hawa, kalau dulu aku tak pernah faham kenapa Adam akan duduk berejam-rejam pandang sungai, pandang kolam, pandang lombong. Redah hujan, Redah hutan, Redah sejuk, bayar puluhan ringgit untuk duk tengok air. Aduhai! apalah masalah Adam ni?

Tapi tenyata.. melalui sukan ini aku faham mengapa Adam diciptakan dulu sebelum Hawa.

Betapa tinggi sabar mereka menunggu. Hawa pas 2 jam dia dah merepek-repek ngan ikan tu. Tentang berapa kuat tenaga Adam. Hawa tengah tarik,  terjerit-jerit mintak tolong. Dari lombong aku diheret ke sungai dari sungai aku diheret ke kolam... Entah kenapa dari kecil sukan lelaki menjadi kegemaranku. Main masak2, make-up anak patung bukan kegemaranku. Sebaliknya lastik, panjat pokok, lompat sana sini macam beruk itu lebih suit bagi aku.

Pernah mereka waktu kecil ada yang berpesan padaku, 'Mas, kita tak mungkin jadi sama hebat seperti Adam tetapi kalau kita belajar dari Adam, kamu akan jadi hebat dikalangan Hawa'. Ternyata betul, waktu kecil aku main kejar2 dengan Adam, selalu kena buli, selalu kena ejek.. tapi ternyata bila dikalangan Hawa aku lari laju.

Aku kayuh basikal lebih laju, aku panjat pokok lebih laju.

Adam tak akan pernah berhenti memancing. Aku tak akan pernah suruh dia berhenti. Malahan, aku akan cuba belajar duduk berejam-rejam tanpa merepek2. Belajar sabar, belajar control ghairah ketika menarik ikan. Kerana pesan bapaku 'Bila ada ikan besar makan, itu adalah kerana hubungan sulit antara pemancing dan ikan'. Patutlah umpannya wangi atau berbau, dia mengurat ikan. Dan apabila dia makan, kita kena tarik ikan itu dengan yakin dan rendah diri. Maka pasti ikan itu akan didaratkan...

Itu kisah Adam..sipemancing dan kisah Hawa si tukang tangguk baru bermula.

Syok.. bila dia dah dapat tarik..
Ada masa.. rezekinya kecil,
Ada masa .. rezekinya besar
Ada masa kami duduk sama2 merepek-repek dengan ikan.. naper dia tak makan

Jumaat, 26 Julai 2013

Perang Dingin



Documentari..documentari aku tonton lagi.

Kali ini tentang angkasa lepas. Tentang macamana manusia bina space shuttle ia-ia nak gi angkasa lepas. Brilliant the way they invented and built. Katanya, 1st space shuttle org Russia yg bina, Hitlerlah waktu perang dingin ngan amerika, mungkin diaorg nak eyes in the sky kot waktu tu. Then, Amerika tak puas hati they too built one. Org Rusia bina this lab yang pakai 'truster' don't know if I spell that right pun untuk diaorg terapung in space utk elakkan dari kena pull down by earth graviti. Tekanan dlm lab diaorg waktu tu more like spacelah kan asyik terapung-apung jer and when this astranout balik ke bumi otot diaorg kaku 'barely can move' coz' heart rate diaorg lemah kerana tak ada graviti nak movekan otot dia. Amerika pulak bina lab and sent more astranout then the Russian and pressure inside their lab was more stable and in fact diaorg kena exercise 2 hours daily.

Finally, after certain years and attempt to conquer space from both side they decide to work together. They launch 2 rockets 1 from Russia and another 1 from USA. They meet in space but ada 1 masalah, tekanan dlm lab russia and amerika tak sama. And kalau diaorg bercantum, air bubble akan create dlm darah diaorg mcm 'deep sea' diving end-up they will die. So they took the sample from deep sea diving and create 'de-compressor' room to stablelize tekanan darah mereka. This room they place in a middle between Russian lab and American lab in space. Finally bila astranout tadi selesai dicompressor room tadi, pintu itu terbuka and for the 1st time in space diorag berjabat tangan and berpelukan.

Man, besarnya kuasa tuhan. 2 Negara ini bermusuhan untuk berkurun lama. Fight in many wars tapi didamaikan kat angkasa lepas. Aku terfikir, mungkin itu cara pendamaian, samakan tekanan dari 2 pihak ditempat tak ada udara tapi untuk manusia pulak bila 2 org bergaduh takkan nak pergi Angkasa Lepas berdamai kot. Mungkin cara dia sama. Stablekan tekanan dua-dua pihak, kalau kat angkasa lepas tak ada udara, dibumi pulak 2 manusia ini kena bersihkan udara sekeliling mereka kot, meaning clean the air dengan cerita2 yang tak benar dan menyakitkan hati kedua-dua pihak. Then may be kita boleh buka pintu itu semula dan berjabat tangan. Bukan senang nak damai dengan Hitler. But may be itu caranya. Trust can only be earn. Bukan dengan cara memburukkan pihak yang lain.

Love and trust takes time. Doesn't mean the person we meet for 3 months or more and less deserve to be call' you have stand beside me through good and bad' ( for goodness sake less than a year too lama ker? ) Some people has been there for almost our entire life and yet we don't call them that. So whatever is new is yet to be seen and what ever has been around lama eventhough tak visible depan mata kita is yet to be cherish.

May be dulu, tuhan create 2 jugak and this two keep fighting sampai meletup berkecai and travel millions2 years in space and kerkumpul semula jadi rumah, jadi keturunan manusia and now probably kita kena cari damai and pleaselah jalan balik kot. Ishk!

Zaman dulu, ramai lelaki mati syahid end up byk nyer pompuan x kawin. Zaman skrg ramainya lelaki jadi pompuan but still ... hairan mcmana perempuan kedua yang ubatkan lukanya dulu boleh diduakan, perempuan yg pertama dilacurkan dan perempuan yang ketiga kononnya berlandaskan agama. 

Just a thought, hal angkasa lepas... like I did love you banyak mcm angkasa lepas. Wow! banyak tu.