Jalan2 kat Pasar Tani boleh pening...
Kalau start awal2 pagi, macam2 boleh cari. Fresh hasilnya.
Kalau start awal2 pagi, macam2 boleh dengar. Fresh bahannya.
Gerai Pertama kita jumpa mainan. Ada anak ngan ibunya. Ibu kata tak payah kat rumah banyak. Anak dia kata nak. Siap 'head bagging' lagi kata nak, tak cukup nangis2. Then sambil tu kita dengar org cerita. Smlm rumah 'Si Anu2 gaduh, habis terbang periuk, belanga. Jiran2 lalu hop2 periuk. Nah, free periuk on sale. Kat hujung cerita. Siapa salah? Bini atau laki? Pilih satu. Aku senyum. Ahh! masalah dari azali lagi camni.
Gerai Dua, kita jumpa sarapan pagi. Kuih2, nasi lemak, mee (mcm2 lagi). Kat sini, ramai org. Semua nak makan pagi. Cerita dia pun lain juga, minyak, minyak, minyak. 20 sen naik. Sensasi yang ini. Ahh! aku senyum lagi bila end cerita, siapa salah? Kerajaan, pengguna? Pilih. Aku kenal kawan yang cari minyak. Pekak telinga dia sebelah kerana asyik menyelam. Aku kenal sahabat dari sekolah, wat security kat pelantar minyak. Terpisah dengan keluarga berbulan2. Hmmm, kalau dapat aku cucuk minyak depan rumah buh paipkan senang... Aku senyum.
Gerai Tiga, kita jumpa sayur. Yang ini mudah. Nak pilih pun senang sebab aku suka makan sayur. Ceritanya pun ringan Hal anak. Pencapaian anak, Perbandingan kemewahan. Ada pulak, yang bertanya anak dia mana? Yang ini aku diam. Hmmm, nak salahkan siapa? Ibu atau anak. Aku cuma diam, pilih sayur dan pergi.
Gerai Empat, kita jumpa ayam. Ayam kampung ada, ayam city pun ada. Tak larat beli. Muak makan ayam dah. Kat sini cerita dia lain. Cerita pasal malam tadi ada OOPs Cantas, banyak road block. Polis cari samseng. Mcm2 geng ada dan diaorg ini tengah sembelih2 org mcm ayam. Ishk mana ada. Itu cerita kita dengar, apa masalah dalaman diaorg.. entahlah. Siapa salah Polis ke Penjahat. (adik aku polis, siapa tembak adik aku,aku tembak dia...kita main tembak2. Mana nak beli pistol pun aku tak tahu. Yang ini buat aku keliru2, kecik2 lari2 main police and thief, dua2 aku jadi. Aku berlalu pergi sambil garu2 kepala tengok harga ayam, mahallah. Semahal nyawa manusia. Ishk!
Gerai Kelima, Kita beli daging. Aku nak makan daging. Ishk! darah2 hilang lak selera. Kat sini cerita dia lain. Pasal Perang. Perang yang dibangkitkan dengan isu keagamaan. Ishk! aku marah. Dari nenek moyang lagi kita berebut. Dari sempadan tanah, kebebasan beragama, pilihan undang2 dan parti pemerintah. Kalau pada awal kurun dapat juga aku maafkan penakluk, macam Hitler. Bunuh sana-sini rebut kuasa. Yang baik hanya nak satukan manusia dgn 1 bahasa. Zaman Nabi, perang untuk kebebasan beragama. Hari ini kita masih berpuasa menghormati askar2 yang berpuasa dahulu. Punya kuat semangat mereka, kalau dulu Nabi kata ' kita kena dahaga, lapar. Makanan dah kurang, pasti askar2 Islam lemah semangat. Tapi bila Nabi lafazkan 'ini wahyu Allah' semua bersemangat. Kita menang dalam keadaan lapar dan dahaga. Bagi aku, itu dia puasa sebenar. Menghormati mereka yang berperang dulu. Hari ini, kita perang untuk apa? Semuanya dah ada. Salah siapa? Aku salahkan pengedar senjata.. kamu bangkitkan isu yang paling sensitive untuk jual peluru dan senapang. Manusia terlalu cerdik sekarang, mereka tak akan perang lagi atas isu lama.
Malam karang aku duduk kat gerai keenam, kolam pancing. Jumpa kawan, borak2. Kalau ikan tak makan.. nak salahkan siapa? Salahkan diri sendiri sebab tak serik-serik nak pergi lagi. Aduh! payah nyer..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan