Khamis, 6 Februari 2014

Kali pertama memancing dilaut ... best tapi terluka (sama macam membernya)

Sebelum sungai, sebelum lombong, sebelum tasik dan sebelum aku terjerumus ke lembah kolam. Inilah pengalaman pertama aku memancing. Aduih! memang seronok. Kali pertama, aku merasa pacak. Memang betul kata Otai kolam, 'Pacak itu indah' tapi kalau dah 'kampau' aduih!


Lebih dari 20 tahun yang dulu sebelum aku mengenali suamiku, waktu tu aku nak kenal diri-sendiri pun tengah kelang-kabut gak. Waktu aku jalan-jalan cari makan. Aku duk merayap jauh sikit sampai ke Pulau Pangkor. Katanya, kalau kita nak merajuk biarlah pergi jauh-jauh. Serik pun ya, bila ingat balik bas yang pernah ku turun naik. Kadang2 beg yang ku jinjing pun dah nak naik terbarai tengah jalan. 

Tu dia Pulau Pangkor.


Kutu pun leh mati tinggal kat bilik quarters sorang2 bila room mate duty. Jadi aku jadi kutu rayau ...

Ingatkan nak layan laut cam TV. Romantis2 gitu, cadangnya. Hmmm! aku pun menapak jauh ke jeti tempat penumpang2 Resort turun. "Layan viewlah", kata hatiku. Tengah malam nak layan ke view apapun aku tak tahu. Sampai jeti aku dok lah tengok mamat Bellman layan candat sotong kat jeti. Ada lampu jeti, banyak pulak sotong kat situ. Maklumlah Private Island, nelayan tak leh nak masuk area kami memang diaorang tak benarkan. Al-gamaknya, banyaklah sotong2 bercanda kat situ. Why aku pun, dah macam rupa beruk pun ya, terpikat tengok cara diaorang candat sotong. Kat KL, mana ader org candat sotong maka aku pun terpegun dan terhappy sangatlah waktu tu. Aku pun try, mesti try. Tu dia! aku candat berterabur ink sotong memancut-mancut dalam air. Fulimak! ku ingat takat menakjubkanlah ... rupanya sotong aku dah lari. Ala! mana nak ku cari lak skill yang macam ini. bellman aku pun dengan sukarelawanya 'STOP! I do for youlah.. kata mamat Filiphino tu pada aku. Sah! aku dah rupa mangacau pun ada. Jadi, dia bagi aku tali pancing. member aku sorang lagi dapat pancing aku dapat tali jer .. dapat tali pun aku happy gak. Manja punya pasai dia siap cucuk2kan sotong kat mata pancing ku bersama tali super string aku tadilah. kalau dia Orang Melayu, memang dia dah sebut 'Ok amik ni, pergi main jauh2. Aku pun dah fahamlah signal yg cuba dia buat.. dia cakap English pun aku kurang nak faham..so, aku bawaklah diri jauh2. Tu dia ... tali pancingku dah siap umpan.



Aku duk kat Jeti, hulur tali ke bawah.

Duk tempat gelap sorang2. member aku, ada pancing .. layan dapat baling jauh ke tengah laut. Aku dok tengok. aku nak baling pancing pun tak reti waktu itu, jadi layan tali pun dah OK.
Lama gak aku tunggu, waktu dah tengah malam. Air tengah pasang. Aku duk pegang tali. Ada umpan lagi ke nih, sawan nak tengok umpan aku memang camtu dari awal dulu lagi, sekali sekala aku check, Abg Borhan yang on duty kat Guard Post tu kata 'Ada umpan lagi mas, janganlah dok tarik jer... jenuh nanti diaorang nak candat sotong. OK, aku percaya memang ada umpan. K aku tunggu.

Air pasang semakinlah hebatnya. Takat air dah mula naik. Tiba2 tali aku pacak. Tu dia punyalah nak pacak.. dengan kuat nyer ... terus jer tak der stop (2x) aduih! tangan aku macam dah kena pisau ... meleleh darah. Ala! Labu tangan dah darah nih tapi tali pancing ku pegang jugak ... Berlari Abg Borhan bawak kain buruk balut2 tangan aku. Tali tetap ku pegang. Mak Ooi, punyalah kuat ikan. Aku tarik, cam Pertandingan tarik tali pun ya aku tarik sampai habis nyawa ... ikan pun ku daratkan. Alimak! katak rugged..aku dapat Jenahak 3 kilo. Aku tanya Abg Borhan .. Ini ikan apa, bang?. Jenahak, mas. Ikan ni 'Mahal'. Aku pun dah start menari .. dah yelah aku menari-nari .. happy. Cantik lak ikan aku. Aku cium ikan, ikan pun cium aku balik. Punyalah happy. Tangan yang berdarah tadi .. aku pun dah tak hirau ... Lancar darah aku, bab ni sampai meleleh-leleh.


Sepanjang malam sampai kul 5 pagi, macam2 jadi kat aku. Time Pari naik ku buang tali lalu ku capai balik pun ada. Diaorang kata, 'Ular' aku dah dok takut. Last2 pari naik punyalah sangkut2 dia kejekan tali. Aku lak duduk main guitar ngan tali wat muzik supaya dia gerak. Rezeki kali pertama, aku melimpah ruah... 13 ekor ikan ku daratkan atas 2 kilo dengan tali pancingku.Alhamdulilah, amin rezeki pertamaku. Member aku yang dapat pancing pinjam tadi pun dah tak nak pancing ... tunggu punya lama dengan pancing dia, dapat ikan accident jer sebat badan. Dia pun asyik tolong aku. Amin... banyak betul rezeki aku. Aku hadiahkan semua pada Abg Borhan ... esoknya, aku dapat lauk sup masakan isterinya hasil pancingan aku .. Ya allah! tiada yang lebih manis dari ini.


Tiap malam2 pada bulan yang akan datang sepanjang aku di situ, seorang berbekalkan taliku.  Adakala aku ikut 'ayah angkat ku' Pak Lang ke laut. Aduhai, tiada yang lebih indah dari itu. Kulit ku rentung pun, aku puas hati. Dah rupa Negro pun, aku tak kisah.  Ada ketikanya, aku duk kat laut tak ingat rumah. Tapi setelah pulang dari Pangkor ... awat nak telan ikan pasar kamin payah. Aduih, aku pulang dengan tekak orang kaya, ikan pasar dah jadi tawar. Jadi, kalau orang ajak aku mancing laut.. memang syok! aku terus ikut, aku terus panggang ikan kat situ tak sabar2 tak yah nak pakai kunyit ngan garam. Pakai jer air laut, cuci(2) guna pancang bakar ikan pun jadik gak aku ni. Bila suami ku toleh, ikan tadi dah tak der lagi ... habis semuanya aku telan tak yahlah nak fikir dia. Kes kempunan aku dah melarat.


Aduhai, Laut ... terpelantingkanlah seekor ikan wat aku kat sini. Amin








Isnin, 3 Februari 2014

Beri laluan ...

Waktu kali pertama aku menang di  KolamTerachi,
terima kasih pada semua yang membantu aku di waktu itu.

Banyak kali aku dengar perkataan ini ketika aku memancing di kolam. Kadang2 ia bermaksud 'jgn kita sentap tali pancing kita jika ia bergoyang kerana mungkin ia terkena tali si penarik, terkadang pula ia bermaksud kita perlu mengangkat pancing kita untuk pemancing lain menarik. Dan adakalanya kalau pancing kita tersebat dengan sipenarik, kita kena bagi tali untuk memudahkan pemancing lain tarik. Apapun keadaan, 'beri laluan' merupakan satu permintaan dari satu pemancing kepada pemancing yang lain. Dan adakalanya di sesetengah kolam kecil semua pemancingnya akan mengulung tali ketika ikan besar sedang ditarik untuk  memudahkan pemancing mendaratkan ikannya. Apapun keadaan, aku sentiasa gembira bila mereka memberi laluan tersebut dan adakala bila sipenarik lebih mahir dia akan menarik tanpa menggangu pemancing lain. Aku akan terpegun melihat kemahiran mereka, mereka menurunkan pancing dibawah pancing lain dan menjaga tali pemancing yang lain agar umpan mereka tidak terganggu. Dan adakala, bagi pemancing yang bertenaga mereka akan mengepam ikan mereka dengan kuat agar datang segera tanpa menggangu ikan pemancing lain dan mereka menarik dengan cara yang selamat untuk mengelakkan malapetaka terkena mata akibat terlucut. Adakala ada pemancing yang mengepam lembut menjaga mulut ikan agar esok ikan dapat sembuh cepat untuk pemancing lain menariknya. Apapun tujuan, semuanya mereka fikirkan untuk kepentingan pemancing lain. Dan adakalanya, aku akan tertawa apabila ada pemancing lain yang menyiram tali kawan mereka takut panas kerana terlalu lama menarik. Pasti ada gelak tawa antara mereka.

Tapi bagi aku beri laluan memberi erti maksud yang jauh lebih mendalam. Dalam banyak keadaan bagi aku ketika menarik ikan, aku punyai ramai guru. Dari satu pancing ke satu pancing mereka akan memberi laluan dan menjaga cara aku menarik ikan dan adakala bagi kolam yang lebih 'sporting' waktu aku terkena tali mereka aku akan menghulurkan pancingku maka kami akan lari berganti-ganti menarik ikan. Keadaan itu sentiasa membawa kegembiraan bagiku. Dan kata2 'beri laluan' juga membawa erti kata lain bagiku, ada ketikanya waktu aku memancing mereka akan memberi umpan padaku, aku akan menyimpannya dan membawa ia berjalan ke kolam lain dan diwaktu hatiku susah dan terfikirkan akan pemancing tersebut. Aku akan menggunakannya, dan pasti waktu aku rentung ketika itu.. aku akan dapat menarik seekor ikan kerana umpan tersebut. Dan adakalanya, ada pemancing yang membuat umpan untukku agar aku dapat menarik dan adakalanya mereka akan mengajar ilmu itu padaku agar aku tahu. Pernah juga, umpan ini membuat aku sedih kerana kehilangan kawan akibatnya sehingga aku tidak mahu ada umpan lagi kerana tidak mahu kehilangan kawan. Aku sanggup rentung dari ada 'umpan power' mengikut istilah mereka. Lelaki diharuskan mempunyai ego, untuk menjadikan mereka ketua keluarga yang baik. Memang mereka dijadikan seperti ini. Dan tatkala mereka membuat umpan pasti itu juga salah satu bahan yang terkandung dalamnya. Itu juga merupakan 'kemahiran dan kebanggaan' mereka. Tapi bagi aku kaum Hawa, aku berjalan dengan bertingkat-tingkat umpan mereka, untuk mencari umpan yang mana satu 'memberi laluan' padaku. 

Dan adakalanya 'memberi laluan' bermaksud yang jauh lebih mendalam dari semua yang diatas. Adakala, mereka tidak membekalkan umpan padaku. Mereka hanya berniat untuk aku menarik. Mereka sebut dan terus 'aku pacak', hanyir dari mereka berpindah padaku. Dan waktu bertanding, tatkala aku tidak dapat membaling umpanku kerana kekurangan ruang aku pernah lihat sekumpulan pemancing 'memberi laluan' untuk pancing aku dibalingkan dan nah! aku mendapatkan seekor ikan yang meletakkan aku terus ke podium.

Ampun, bagiku  'beri laluan' adalah satu kata-kata yang mempunyai maksud yang sangat mendalam hanya bila pemancing itu dapat merasakannya maka istilah 'umpan power' pasti dapat ditewaskan dengan pengertian itu. Dengan 'umpan power' tanpa laluan ikan mungkin tidak dapat didaratkan. Tanpa umpan power, hanya dengan niat pemancing lain... aku pernah lihat dan rasakan ia didaratkan.

'Ini terima kasih ku pada mereka'. Ini terima kasih ku pada mereka yang mengajar aku erti kata memancing yang jauh lebih mendalam.

Aku berharap di dunia yang lain yang akan datang. Di kehidupan yang lain, mereka akan memberi laluan padaku. Amin.

Anak sulungku, menang ikan terkecil di Kolam Terachi untuk kali pertama..amin

Suamiku menang Ikan terbesar 'Midnite' Di Terachi untuk kali pertama.. amin











Rabu, 29 Januari 2014

Jackpot ABU GRACIA

Papan Tanda 'Jackpot' yg tertulis nama suamiku di tempat
yg ke 3, amin
Entah kenapa drama TV2 waktu aku masih kecil dulu teringat difikiran. Ada 1 cerita drama Jerman yg ditayangkan di zaman 80'an yg mengisahkan tentang seorang lelaki tua yang tinggal bersendirian di tepi pantai. Kerana kemiskinan dan kekurangan makanan org tua yang menjadi nelayan itu terpaksa keluar mencari ikan ketika berangin dan dlm keadaan cuaca yg tidak menentu.

Berbekalkan sedikit makanan, dia menolak perahunya ke air setelah penat mendengar teguran jirannya yg lain menegah beliau ke laut dalam keadaan cuaca yg buruk. Dia mendayung berbatu jauh ke tengah laut. Dan macam nelayan yg lain dia melabuhkan perahu di suatu tempat setelah merasakan tempat itu sesuai untuk memancing. Dipasangnya umpan dan dia mula memancing. Beberapa jam kemudian pancingnya mengena dan satu tarikan hebat mula dirasakan. Tarikan itu mengegarkan perahunya malahan perahunya bergerak di atas air walaupun sauh telah dilabuhkan. Kerana tidak mahu kehilangan hasil tangkapannya, org tua tersebut melilit tali pancingnya penuh dari kaki hingga ke badan. Dia bertarung hebat namun ikan tersebut masih belum menampakkan kelemahannya malahan org tua itu masih bercakap-cakap seorang diri menguatkan semangatnya untuk menahan dan bertarung dgn ikan tersebut. 

Yang ini heroku. Suamiku. Kadang-kadang dia sapu 'tongsan ngan patin' sekali
aku lak jadi tukang tengok jer ... tension. Time tulah ' dia tukar jalan dia' balik dari timbang
aku lak, tekanan... tekanan

Dia masih belum tahu akan ikan apakah yang telah memakan umpannya. Dari pagi, ke petang dan berganti malam ikan tersebut masih kuat dgn asakkannya. Habis berdarah kaki, tangan malahan badan si pemancing tua tersebut. Namun semangatnya tetap kuat. Setelah 3 hari menahan asakan ikan tersebut ikan itu tadi timbul di atas air meloncat keluar dari permukaan laut. Alangkah terkejutnya pemancing tersebut akan besarnya dan 'Oh! Malin" jeritnya, rupanya seekor ikan Malin gergasi merupakan lawannya selama 3 hari. Ikan itu masih kuat namun si pemancing itu tetap tegar untuk menewaskan lawannya. Hari keempat, pemancing masih cekal walaupun badannya semakin lemah. Hari Kelima, si pemancing terkadang ingin melepaskan ikan tersebut kerana merasakan itu bukan lawannya. Hari Keenam, bekalan makanannya sudah habis dan badannya kini sudah kehabisan tenaga. Hari Ketujuh, ketika pemancing itu ingin membuka tali lilitannya dibadan kerana mengalami luka yg teruk, ikan tersebut memberi pertarungan hebat yg akhir namun sipemancing masih cekal dan akhirnya tewas ditangan lelaki tua tersebut.

Dia berjaya menewaskan Malin gergasi tersebut tetapi disebabkan ikan itu terlalu besar dia tidak dapat membawanya naik ke atas perahu, dia hanya mampu mengikatnya ditepi perahu dan kelihatan mulut ikan Malin tersebut cedera teruk kerana pertarungan selama 7 hari. Darah yg mengalir itu mengakibatkan ikan pemangsa menghampiri, sekumpulan 'Jerung' mengelilingi perahunya memamah ikan Malin tersebut. Walaupun org tua itu cuba menghalangnya namun dia tidak berjaya. Kini, hasil tangkapannya habis dimamah jerung dan dia pulang dgn hati yg hampa.

Dia terus pulang ke rumah dan tidur. Kehampaan. Keesokkan harinya, kedengaran bunyi bising diluar rumahnya. Dia keluar meninjau dan alangkah terkejutnya dia, ramai org termasuk wartawan berkumpul untuk melihat tulang ikan yg tersangkut ditepi perahunya. Ceritanya menjadi lagenda. 

Dengar khabar, dia tidak pernah menjadi kaya tapi melalui keturunannya yg ke-8 mereka mula belajar membuat jam dan menjadi pembuat jam yang terkemuka. Dan setelah itu mereka cipta mesin pancing yg kini bergelar Abu Gracia... aku peminat jenama ini, aku juga peminat cerita ini.

Tempat aku selalu memancing dgn
suami ku... Kolam Panchor
Baru2 ini aku lihat kehampaan dan keriangan pemancing ikan Jackpot Tongsan yg dinaikkan  dihadapan mataku. Aku dipanggil ke kolam oleh ikan itu untuk menyaksikannya walaupun selang 1 pancing namun aku tetap gembira kerana bertuah dijemput ikan tersebut. Mungkin bukan rezkiku dan mungkin ia masih belum rezki pemancing yg lain. Barangkali nanti..

Jackpot bukan bererti wang yg kita terima walaupun ramai yg memerlukannya. Ia berupa tuah, berupa 1 penghormatan kerana dapat bertarung dgn ikan tersebut.. itu barangkali yang dinantikan
 setiap pemancing.

Ini 'Mario' org yg pertama
menyuruh aku menegangkan tali
sekiranya aku mahu
memancing tongsan
Yang ini ' tokey restoran' Shahrul, umpan tongsan dia best gak
isteri dia masak 'Nasi Goreng' best
Otai Lama ' Yong' ajar aku umpan, duk asyik betulkan mata kail aku
kalau nak 'teknik memancing' wow banyak sungguh dia ada.
Otai ni lagi best.. Abg Rosli bila kita gelak, terkejut dengar dia baling umpan besar,
dia buat lagi besar... ha!ha, dia terror, pandai mancing tongsan
selalu duduk sebelah aku... mengigil umpan aku nak turun sebelah dia.
Abg Wan ngan Sharif, ini pun otai
selalu pacak gak diaorg ni...

Ini Suharji, yg menemani aku ketika aku
menang 'jackpot di Kolam Gadong. Gambar aku menang
lupa nak amik sebab 'aku dok nangis' jer bila lepas tarik

Ada lagi ... 







.
Ini 'Ah Boy', hassler memang hassler
selalu dapat ranking .. umpan dia best
' Kita ikat dia kat pokok, pastu buh kerengga'
usik aku pada dia, bila dia selalu menang.



Ini Ah Pak. otai wat pancang ngan umpan
Ini Ah Cai, otai pakar tongsan gak dia ni
Bila dia sampai mancing sebelah aku, aku pasti gigil ler
Oh ho! yang ini 'FAVORITE OTAI KU' bila dia tarik Mekong, dia senyum2 jer
dashyat oooo... bila dia nak test umpan dia dtg awal duduk kat kawasan pasir sorang2
Kalau aku rentung, aku selalu tunggu dia tarik dulu... bila dia dah pacak.. ahhh! baru aku
risau kenapa aku tak pacak lagi...
Yang ini 'AWE', dia dah lama tak turun kolam
Kalau dia ada, pasti mekong jer yang dia nak cari. kalau tak cukup umpan, tanyer dia. Dia tak kedekut
yang  ini 'SPECIAL' terror memang 'terror'
dia nilah yang mula-mula ajar aku segalanya kat Panchor. Pakar gak dia ni ...
Ini 'Lihin' pakar alter seluar, pakar buat umpan, pakar menang ranking aduh!
aku jer yang belum pakar lagi .. puas dah aku duk sebelah dia.. tak pandai-pandai gak aku ni
Ini 'otai kesayanganku', selalu memancing bersama aku & suami
kalau 'pacak' sama2 pacak. Kalau 'rentung' kami sama2 'rentung'
Orangnya 'best'.




Khamis, 23 Januari 2014

Ibunya 'TUHAN', bapanya 'MALAIKAT'

Kalau difikir-fikirkan kebenaran ini keluar dari mulut kanak-kanak berusia 5 tahun waktu aku jalan-jalan dulu. Mungkin dia kanak2 yang ku temui atau mungkin ia adalah sebaliknya.

Siapa akan percaya cakap kanak-kanak 5 tahun. Ye tak? Kadang2 cakap mereka perlu kita timbang baik buruknya. Kadang2 ada yang cakap 'Ala! cakap budak2, mana kita boleh ambil serius'. Aku percaya. Aku percaya pada kanak2 ini malahan anggapanya aku kira sebagai amalan yang baik. 

Kanak2 ini kalau kita amati, tak pernah penat. Melompat, berlari, bermain, bercakap tak pernah henti. Sampai makan, tidur dan mandi semua bersuruh baru dibuatnya. Buat sepah, tapi bila disuruh berkemas pasti dia No.1. Aku suka kanak-kanak ini, dan sewaktu aku bertanya namanya, dia hanya senyum. Tak pernah jawab. Tapi bila ku tanya siapa mak, ayahnya. Katanya 'Mak saya Tuhan, Ayah saya Malaikat'. Ya ampun! tak pernah sekali aku mendengar jawapan seperti itu. Dan bila ku selidiki latar belakang kanak2 ini. Dia merupakan anak angkat kepada satu keluarga yang tinggal di situ.

Dan setiap kali kalau dia terkejut perkataan 'Oh Mak, Tuhan, akan disebutnya. Dia membuatkan aku terfikir. kenapa jawapan yang sebegitu boleh terkeluar dari mulutnya dan kenapa jawapan yang sebegitu boleh disebutnya. 

Hari ini, aku dapat memikirkannya. Dia menganggap ibunya 'Tuhan', penentu kepada nasib hidupnya. Orang yang dia pulang untuk mengadu pada setiap masalahnya. Orang, yang kadang2 dia marah, amat sayang, terkadang lupa, ingkar, berdosa. Manakala, ayahnya orang yang paling disayangi... yang meminta permintaannya kepada ibunya, yang tidak pernah marah padanya, yang sentiasa elok dan cantik pada pandangan matanya. Dan apabila kulihat ibunya sakit, kanak2 ini menangis meminta ibunya jangan sakit dan hidup lebih lama lagi seolah-olah ibunya diminta hidup kekal. Dan sewaktu dewasa melalui cerita yang ku dengar dia tidak dapat berhadapan ibunya, mereka akan bercanggah .. maka mungkin benar kata Islam, kita mungkin tidak dapat berhadapan dengan Tuhan.

Ya ampun, fikiran kanak2 ini benar. Sekiranya, ibubapa yang melahirkan itu adalah 'dosa pada ibubapa' maka dosa pada ibu bapa angkat adalah dosa pada 'Tuhan dan Malaikat'. 


Siapa yang akan percaya kata-kata kanak2 5 tahun ini. Siapa yang akan kata, anggapan dia benar.

Tapi cerita dongengku kali ini tentang seorang kanak2 yang ibunya Tuhan dan bapanya Malaikat.

Amin, untuk kanak2 itu.

Isnin, 20 Januari 2014

Mungkin aku gila, mungkin kamu pun gila atau mungkin kita pun sama2 gila..

Waktu kecil dulu, ada seorang lelaki yg tinggal atas bukit rumahku. Bilaku tanya pada, Mak. Kenapa dgn dia mak? Jawab mak, "Dia gila, mas. Kata org dia belajar byk sgt smp gila. Dia hendak jadi doktor dulu. Hmmm, byk doktor kat hospital, diaorg pun belajar. Tak pulak gila. Awat yang ni boleh gila, tanyaku dlm hati. Mungkin, ilmu yang terlalu banyak dan pabila kita mempercayai semua kita jadi keliru dan terus gila, agaknya. Kepelbagaian yang terlalu dan seharusnya kita pilih 1. Tapi mungkin untuk pilih 1 pun susah untuk orang gila ini.

Aku kesian melihatnya. Dia cakap dengan pokok. Dia cakap ngan ayam ayahku sampai ayam lari bertempiaran. Kadang2 dia siap 'shi-shi' merata-rata. Tapi tiap kali dia nampak aku, 'Rokok ada?', dia tanyaku. Nah! aku terpaksa cari rokok ayah ambil sebatang dan berikan padanya. Ada ketika, aku akan simpan untuknya kalau2 terjumpa dia kembali. Dia masih ada sekarang. Dia tak pernah pulih.

Diwaktu yang lain, aku temui seorang wanita yang sakit sepertinya. Tapi yang ini lagi aneh. Waktu malam di sebuah pulau dia akan berjalan seorang diri tanpa kasut. Tak sakit ke kaki dia, fikir aku. Di belakangnya ada beg. Aku tak tahu kalau-kalau dia melayu, atau cina atau mungkin pun dia India. Ketika itu, aku pun tak banyak kerja. Jadi aku ikut dia dari jauh. Dia berjalan seorang diri. Masih cakap dengan pokok. Masih cakap dengan apa2 jer dia jumpa. Dan dia, masuk dalam suatu bangunan yang terletak jauh atas bukit di tempat gelap. Rumah Tuhan, salah satu agama yg terdapat di sini. Dia melutut dan membuat 5 permintaan dengan tangisan yang amat memilukan. Aku dengar setiap permintaannya. Ada yang gila bunyinya, ada yang logik. Yang pertama ku dengar, dia nak cari Tuhan. Yang kedua dan yang seterusnya tak dapat ku tuliskan.

Jam hampir 12 malam ,dia masuk ke denai gelap menuju ke hutan tebal belakang bangunan tersebut. Mak aii!! gelapnya. Tangan aku pun tak nampak. Aku berhenti mengikutinya. Takut. Dia berjalan seorang diri ke hutan gelap tersebut. Esoknya, aku menemui dia lagi. Menangis-nangis meminta seorang lelaki mencari begnya yg hilang dalam hutan tersebut. Melalui cerita, dia sesat dalam hutan tersebut dan berjaya keluar. Kata orang, ramai pelacung yang hilang dalam hutan tersebut dan sehingga sekarang tidak ditemui. Mereka cakap, dia bertuah dapat keluar.

Aku interview gak orang gila ni. Aku tanya dia hendak ke mana waktu dia masuk ke hutan tersebut. Katanya, dia hendak ke suatu tempat kawan disebelah sana hutan. Dan ada denai yang menuju ke kawasan tersebut. Tapi kerana kegelapan dia sesat. Dia masuk hutan tanpa lampu. Ishk! gila. Habis, aku tanya. Macamana kamu keluar. Katanya, badannya penuh duri. Dia menangis. Dan dia meminta pertolongan Tuhan. Sejurus kemudian, datang seekor kelip2 yang membawa dia keluar dari hutan. Sah! dia ni gila, bisik hatiku. Tapi, dia kehilangan begnya. Aku tanya, apa yang ada dalam begnya sehingga dia beria-ia mahukannya. Buku agama..Lama kemudian, lelaki tadi pulang membawa begnya, kata dia begnya ditemui di puncak bukit tersebut tergantung di atas sebatang pokok. 

Wah! dia sampai ke puncak tu. Mungkin dia ni gila. Tapi menerusi matanya, aku lebih mempercayai agama dan Tuhan. Aku lebih menyayangi Tuhan kerana orang gila ini. Kerana orang gila ini masih mengingati Tuhan disaat akalnya ditarik keluar dari dirinya. Dia telah diduga seperti manusia di Padang Masyar suatu hari nanti. Pasti, hatinya amat kuat mengingati Tuhan.

Sesuatu yang sentiasa ku fikirkan ...
Aku mendoakan dia sembuh. Ramai yang mendoakan dia sembuh. Dari cerita yang ku dengar kemudian, dia sembuh. Mungkin dari berkat doa mereka.

Amin, untuk orang gila ini.

Jumaat, 3 Januari 2014

Adoi! Abg2 Otai... saya dah tak larat nak wat & fikir umpan itu APA?

Penat ... aduh penat !

Adoi..adoi...adoi sakit kepala aku nih dah! Tak larat lagi dah! Surrender..betul2 surrender. Kain putih, kain hitam, apa kain pun saya dah angkat ini. Rasa macam nak terjun parit pun ada pegang bendera.

Kalau ku tengok buku umpan yang ku salin.. wooitt! tebal cam Yellow Pages, dah bila ku ulangkaji semula satu apah pun aku sendiri tak faham, sah aku yang tulis. kalau ku fikiir guru yang mengajar, aduh! kalau diaorg charge tusyen fee sah! aku dah bankrup. Dan, kalau ku lihat cabinet simpan bahan2 wat umpan, Sah! aku dah tak dapat cari bertingkat-tingkat, ikan yang ku dapat pun tak banyak camtu. Dan kalau ku perhati teknik memancing, sah! aku dah confious macam-macam ada... kreativiti yang mengalahkan, siapa cipta sah! aku pun tak tahu.

Adoi otai! Tak larat dah.. bila ku pandang kolam...sah! ada ikan tapi awat tak makan aku pun tak tahu. 

Hari ini, disebabkan umurku yang paling kecil, pengalaman ku yang paling sedikit..aku nak wat complaint. Ni sapa punya kerja ni? Sah! memang org yg terror2 punya kerja ni. Dia belanja ikan makan sedap2 dah ikan otai jadi cerewet, dia buat bunyi umpan pakai silentcer (betul ke aku eja tu) bunyi yang bedepek-bedepek tu nah! ikan dah duduk nganga kat atas bukak mulut tunggu nak makan.

Aku dah tak peduli dah..aku nak wat complaint. Habis saya ni camner? Ada yang skill balingan jauh dan tajam baling besar2 nun kat tengah kolam umpan dia, mancing tongsang ngan mekong, abis aku yang kecil tak larat nak baling ni tengok jer, sedih. Camner aku nak wat camtu tak akan nak bawak tangga baling umpan ni.

Adoi, tak leh ker kita ajar ikan ni 1 umpan jer, kita lawan ' nasib ngan skill menariklah ' bukalah kedai umpan sebelah tempat memancinglah, kedai pancing skalilah tak yah nak merayau merata cari.  Kita jadi cam 1 Malaysialah. Mana yg dah terror tu kejelah part time ajar org baru, jadi pemandu pelancong camtu dapat gak pendapatan, camner nak ikat mata, mana nak baling..adoi! dah tak larat dah.

umpan hari ni.. mesti best. Oh pacak!
 Semalam ada mamat handsome ini cian tengok aku pandang kolam. Tu dia! dia bagi mungkin last rahsia dia padaku. Bahan siap naik kapal terbang lagi datang...adoi! aku ni belum puas naik kapal terbang, umpan aku dtg ngan kapal terbang.

Adoi otai, fikirkanlah sesuatu saya nak menarik semula ni. Kata org kalau org yang terkecil dalam keluarga tu dah bergolek-golek kata dah tak leh lagi... pasti, yang besar2 akan fikirkan sesuatu.

Kadang2 aku terfikir juga dimana letaknya keseronokan memancing... masa kita wat umpan ker? Masa kita baling ker? Masa kita menarik ker? Atau masa kita menunggu ker... Ala! dah tak larat nak tunggu dah, macam2 dah merepek merepek ketika tunggu...Dah tak menguji kesabaran dah... Ini dah jadi dia menguji kita merepek-repek ngan ikan dah... Ala! :(

Balik jerlah... umpan dah tak der ...

Kita bela jer ikan Mama.. tak payah nak cari umpan

Rabu, 1 Januari 2014

Seekor semut yg berani..sebuah lagenda dongengku

Macamana nak bangun ni... Camni pun leh tido..
Tak pernah dibuat orang..semut dijadikan lagenda. Barangkali 'betul' aku ni memang kuat merepek. Tapi 'hentam sajalah, Labu' mungkin hari ini bunyinya merepek mana tahu di suatu masa yang berlainan ia menjadi nyata dan terus menjadi kenyataan.


Cerita semut..merupakan cerita yang paling kerap ku ceritakan buat anak. Yang hairannya cerita ini tidak pernah ku habiskan malahan kegunaan cerita ini hanya diceritakan oleh aku kepadanya ketika :-

Mengejutkan dia dari tidur, ku letak dua jari ke badannya seraya berkata ' Ada seekor semut, dia jalan dan dia jalan dan jalan sambil mengerakkan 2 jariku diatas badannya. Selalunya apabila dia sedang tidur, pasti dia akan marah sambil menampar tanganku menyambung ceritaku dengan nada marah sambil mengatakan " Dia "PEK", lalu semut tu pun mati". Dan kalau ku sambung melakukannya lagi pasti dia terus jadi bad mood, marah2 sebab tak nak bangun, tolong kasi dia tidur lebih lama lagi. Adakalanya, aku menggunakan cerita ini ketika menonton TV dan semut tu jalan2 lalu 'aksi geletek' akan berlaku, dia akan ketawa berderai-derai dan kalau ku sambung lagi dia akan terus menangis, mengadu ke neneknya..dan sah aku pulak yang kena marah. Maka, cerita semut tidak pernah dapat ku habiskan sehingggalah dia dewasa.

Hari ini cerita itu menjadi cerita Lagenda kami kerana ceritaku itu dihabiskan oleh anak itu sendiri. Malahan cerita itu bertukar dari semut yang jalan-jalan ke seekor semut yang berani. Kalau nak belajar biarlah jadi macam monyet (kata saintis monyet boleh bertukar jadi manusia, punyalah pandai), kalau nak hidup biarlah jadi semut (punyalah rajin, berani, kecil, berkerjasama dan macam2 lagi sikap terpuji semut ini) dan kalau nak jadi manusia barangkali yang itu aku dan anak ini selalu mengingatkan diri " yang part tu kita sama2 belajar k".

Semut kecil yang seekor ini amat berani dari asyik berjalan-jalan dia telah memilih untuk berjalan dikalangan gajah2 besar bersendirian menunaikan impiannya. Malahan, dia hanya mengigit sekali dan pedih gigitannya di tanggung oleh semut itu sendiri, sendirian namun gajah yang digigit tak rasa apa2. Banyak kali aku pesan 'kamu hanya semut' buat penat gigit-gigit. Nasib baik kamu tak mati dipijak gajah. Namun semut ini tetap berani malahan semut ini ada ketikanya belajar untuk bersopan, belajar untuk hidup malahan belajar untuk berkeluarga. Aku riang melihat semut ini. Dalam kepayahan perjalanannya, dia mencari semut lain sebagai teman dan mereka berdua berjalan dikalangan mereka. Memang ku impikan gajah untuknya, tapi bila ku fikirkan balik 'gajah dengan semut manalah padan' biarlah semut jadi temannya. Jadi cerita seekor semut pergi jalan-jalan dah jadi 2 ekor semut pergi jalan-jalan di kalangan gajah-gajah. Mana sedap nak diceritakan lagi, aku cuma mengimpikan agar gajah2 ini tidak marah pada mereka.

Benar mereka semut yang kecil. Benar mereka terpaksa melangkah beribu untuk sampai berbanding gajah .. tapi benarkan mereka menumpang diatas bahu gajah dan pintaku bawalah mereka berjalan bersama ketika melangkah pasti mereka juga boleh menjadi sepasang gajah yang pandai dan ketika mereka pula menjadi gajah, hati2 ketika memijak.

Ini doa aku pada sepasang semut itu. Ini 'terima kasihku' kepada sepasang semut ini yang melawan arus mengingati aku walaupun terpaksa berjalan sendirian melakukannya. Moga kamu kekal. Moga kamu bahagia. Amin untuk semutku ini.

Bangun... cepat bangun. Tengok! dia bukak sebelah mata jer