Isnin, 3 Februari 2014

Beri laluan ...

Waktu kali pertama aku menang di  KolamTerachi,
terima kasih pada semua yang membantu aku di waktu itu.

Banyak kali aku dengar perkataan ini ketika aku memancing di kolam. Kadang2 ia bermaksud 'jgn kita sentap tali pancing kita jika ia bergoyang kerana mungkin ia terkena tali si penarik, terkadang pula ia bermaksud kita perlu mengangkat pancing kita untuk pemancing lain menarik. Dan adakalanya kalau pancing kita tersebat dengan sipenarik, kita kena bagi tali untuk memudahkan pemancing lain tarik. Apapun keadaan, 'beri laluan' merupakan satu permintaan dari satu pemancing kepada pemancing yang lain. Dan adakalanya di sesetengah kolam kecil semua pemancingnya akan mengulung tali ketika ikan besar sedang ditarik untuk  memudahkan pemancing mendaratkan ikannya. Apapun keadaan, aku sentiasa gembira bila mereka memberi laluan tersebut dan adakala bila sipenarik lebih mahir dia akan menarik tanpa menggangu pemancing lain. Aku akan terpegun melihat kemahiran mereka, mereka menurunkan pancing dibawah pancing lain dan menjaga tali pemancing yang lain agar umpan mereka tidak terganggu. Dan adakala, bagi pemancing yang bertenaga mereka akan mengepam ikan mereka dengan kuat agar datang segera tanpa menggangu ikan pemancing lain dan mereka menarik dengan cara yang selamat untuk mengelakkan malapetaka terkena mata akibat terlucut. Adakala ada pemancing yang mengepam lembut menjaga mulut ikan agar esok ikan dapat sembuh cepat untuk pemancing lain menariknya. Apapun tujuan, semuanya mereka fikirkan untuk kepentingan pemancing lain. Dan adakalanya, aku akan tertawa apabila ada pemancing lain yang menyiram tali kawan mereka takut panas kerana terlalu lama menarik. Pasti ada gelak tawa antara mereka.

Tapi bagi aku beri laluan memberi erti maksud yang jauh lebih mendalam. Dalam banyak keadaan bagi aku ketika menarik ikan, aku punyai ramai guru. Dari satu pancing ke satu pancing mereka akan memberi laluan dan menjaga cara aku menarik ikan dan adakala bagi kolam yang lebih 'sporting' waktu aku terkena tali mereka aku akan menghulurkan pancingku maka kami akan lari berganti-ganti menarik ikan. Keadaan itu sentiasa membawa kegembiraan bagiku. Dan kata2 'beri laluan' juga membawa erti kata lain bagiku, ada ketikanya waktu aku memancing mereka akan memberi umpan padaku, aku akan menyimpannya dan membawa ia berjalan ke kolam lain dan diwaktu hatiku susah dan terfikirkan akan pemancing tersebut. Aku akan menggunakannya, dan pasti waktu aku rentung ketika itu.. aku akan dapat menarik seekor ikan kerana umpan tersebut. Dan adakalanya, ada pemancing yang membuat umpan untukku agar aku dapat menarik dan adakalanya mereka akan mengajar ilmu itu padaku agar aku tahu. Pernah juga, umpan ini membuat aku sedih kerana kehilangan kawan akibatnya sehingga aku tidak mahu ada umpan lagi kerana tidak mahu kehilangan kawan. Aku sanggup rentung dari ada 'umpan power' mengikut istilah mereka. Lelaki diharuskan mempunyai ego, untuk menjadikan mereka ketua keluarga yang baik. Memang mereka dijadikan seperti ini. Dan tatkala mereka membuat umpan pasti itu juga salah satu bahan yang terkandung dalamnya. Itu juga merupakan 'kemahiran dan kebanggaan' mereka. Tapi bagi aku kaum Hawa, aku berjalan dengan bertingkat-tingkat umpan mereka, untuk mencari umpan yang mana satu 'memberi laluan' padaku. 

Dan adakalanya 'memberi laluan' bermaksud yang jauh lebih mendalam dari semua yang diatas. Adakala, mereka tidak membekalkan umpan padaku. Mereka hanya berniat untuk aku menarik. Mereka sebut dan terus 'aku pacak', hanyir dari mereka berpindah padaku. Dan waktu bertanding, tatkala aku tidak dapat membaling umpanku kerana kekurangan ruang aku pernah lihat sekumpulan pemancing 'memberi laluan' untuk pancing aku dibalingkan dan nah! aku mendapatkan seekor ikan yang meletakkan aku terus ke podium.

Ampun, bagiku  'beri laluan' adalah satu kata-kata yang mempunyai maksud yang sangat mendalam hanya bila pemancing itu dapat merasakannya maka istilah 'umpan power' pasti dapat ditewaskan dengan pengertian itu. Dengan 'umpan power' tanpa laluan ikan mungkin tidak dapat didaratkan. Tanpa umpan power, hanya dengan niat pemancing lain... aku pernah lihat dan rasakan ia didaratkan.

'Ini terima kasih ku pada mereka'. Ini terima kasih ku pada mereka yang mengajar aku erti kata memancing yang jauh lebih mendalam.

Aku berharap di dunia yang lain yang akan datang. Di kehidupan yang lain, mereka akan memberi laluan padaku. Amin.

Anak sulungku, menang ikan terkecil di Kolam Terachi untuk kali pertama..amin

Suamiku menang Ikan terbesar 'Midnite' Di Terachi untuk kali pertama.. amin











Tiada ulasan: