Isnin, 20 Januari 2014

Mungkin aku gila, mungkin kamu pun gila atau mungkin kita pun sama2 gila..

Waktu kecil dulu, ada seorang lelaki yg tinggal atas bukit rumahku. Bilaku tanya pada, Mak. Kenapa dgn dia mak? Jawab mak, "Dia gila, mas. Kata org dia belajar byk sgt smp gila. Dia hendak jadi doktor dulu. Hmmm, byk doktor kat hospital, diaorg pun belajar. Tak pulak gila. Awat yang ni boleh gila, tanyaku dlm hati. Mungkin, ilmu yang terlalu banyak dan pabila kita mempercayai semua kita jadi keliru dan terus gila, agaknya. Kepelbagaian yang terlalu dan seharusnya kita pilih 1. Tapi mungkin untuk pilih 1 pun susah untuk orang gila ini.

Aku kesian melihatnya. Dia cakap dengan pokok. Dia cakap ngan ayam ayahku sampai ayam lari bertempiaran. Kadang2 dia siap 'shi-shi' merata-rata. Tapi tiap kali dia nampak aku, 'Rokok ada?', dia tanyaku. Nah! aku terpaksa cari rokok ayah ambil sebatang dan berikan padanya. Ada ketika, aku akan simpan untuknya kalau2 terjumpa dia kembali. Dia masih ada sekarang. Dia tak pernah pulih.

Diwaktu yang lain, aku temui seorang wanita yang sakit sepertinya. Tapi yang ini lagi aneh. Waktu malam di sebuah pulau dia akan berjalan seorang diri tanpa kasut. Tak sakit ke kaki dia, fikir aku. Di belakangnya ada beg. Aku tak tahu kalau-kalau dia melayu, atau cina atau mungkin pun dia India. Ketika itu, aku pun tak banyak kerja. Jadi aku ikut dia dari jauh. Dia berjalan seorang diri. Masih cakap dengan pokok. Masih cakap dengan apa2 jer dia jumpa. Dan dia, masuk dalam suatu bangunan yang terletak jauh atas bukit di tempat gelap. Rumah Tuhan, salah satu agama yg terdapat di sini. Dia melutut dan membuat 5 permintaan dengan tangisan yang amat memilukan. Aku dengar setiap permintaannya. Ada yang gila bunyinya, ada yang logik. Yang pertama ku dengar, dia nak cari Tuhan. Yang kedua dan yang seterusnya tak dapat ku tuliskan.

Jam hampir 12 malam ,dia masuk ke denai gelap menuju ke hutan tebal belakang bangunan tersebut. Mak aii!! gelapnya. Tangan aku pun tak nampak. Aku berhenti mengikutinya. Takut. Dia berjalan seorang diri ke hutan gelap tersebut. Esoknya, aku menemui dia lagi. Menangis-nangis meminta seorang lelaki mencari begnya yg hilang dalam hutan tersebut. Melalui cerita, dia sesat dalam hutan tersebut dan berjaya keluar. Kata orang, ramai pelacung yang hilang dalam hutan tersebut dan sehingga sekarang tidak ditemui. Mereka cakap, dia bertuah dapat keluar.

Aku interview gak orang gila ni. Aku tanya dia hendak ke mana waktu dia masuk ke hutan tersebut. Katanya, dia hendak ke suatu tempat kawan disebelah sana hutan. Dan ada denai yang menuju ke kawasan tersebut. Tapi kerana kegelapan dia sesat. Dia masuk hutan tanpa lampu. Ishk! gila. Habis, aku tanya. Macamana kamu keluar. Katanya, badannya penuh duri. Dia menangis. Dan dia meminta pertolongan Tuhan. Sejurus kemudian, datang seekor kelip2 yang membawa dia keluar dari hutan. Sah! dia ni gila, bisik hatiku. Tapi, dia kehilangan begnya. Aku tanya, apa yang ada dalam begnya sehingga dia beria-ia mahukannya. Buku agama..Lama kemudian, lelaki tadi pulang membawa begnya, kata dia begnya ditemui di puncak bukit tersebut tergantung di atas sebatang pokok. 

Wah! dia sampai ke puncak tu. Mungkin dia ni gila. Tapi menerusi matanya, aku lebih mempercayai agama dan Tuhan. Aku lebih menyayangi Tuhan kerana orang gila ini. Kerana orang gila ini masih mengingati Tuhan disaat akalnya ditarik keluar dari dirinya. Dia telah diduga seperti manusia di Padang Masyar suatu hari nanti. Pasti, hatinya amat kuat mengingati Tuhan.

Sesuatu yang sentiasa ku fikirkan ...
Aku mendoakan dia sembuh. Ramai yang mendoakan dia sembuh. Dari cerita yang ku dengar kemudian, dia sembuh. Mungkin dari berkat doa mereka.

Amin, untuk orang gila ini.

Tiada ulasan: