15 tahun dulu aku diheret sana sini oleh suamiku, ke sungai, ke lombong, ke ampangan air merata-rata tempat. Redah sejuk, redah hutan.
Aduh mak, punyalah boring kena duduk sebelah diam2 tunggu dia dapat ikan. Dan bila ikan tak makan. Aku pun mula memekak-mekak. Kena tunggu berejam-rejam seekor ikan pun tak ada. Tenyata kesabaran aku singkat sangat. Satu hari, time ikan dah makan, pancing dia dah ada ikan dia bagi aku pegang. Tarik, dia kata. Punyalah sakan happy aku menarik. Tenyata itu aduh! dapat tarik sekali tu dah jadi penyakit. Aku masih kena ikut dia memancing setiap malam. Kali ini aku dah tak memekak-mekak ikan tak makan. Aku bising, nak pancing sendiri. Berbuih-buih mulut aku mintak, dia tak pernah bagi. Katanya, awak tak reti memancing nanti ikan tarik awak terjun sungai. Marahnya aku dengar tu. Aku tetap memekak, aku kacau jer pancing dia. Last2 dia dah leh tahan dia bagi gak aku pancing, tapi bukan pancing, tali pancing ngan mata. Sedihnya aku, rasa nak ku terbalikkan gak sampan ini masa tu, tapi aku sabar. Janji dah dapat tali pancing aku happy gak.
Kami pancing lampan guna kangkung. Payah gak nak jahit2 kangkung ni, aku buat gak sendiri. Dia dah berpuluh ekor lampan dia tarik. Aku terkial2 dengan mata ngan kangkung, tak per ku hanyutkan kangkung perlahan2 sampai ke air deras. Ku tarik, ku pasang umpan semula namun seekor ikan pun tak nak makan. Kali ini lepas aku hanyutkan umpan tali aku dah berserabut. Tu dia! dia punya marah nak betulkan tali aku. Aku punyalah sedih kena marah, yelah aku bodoh memancing tapi sampai bila aku nak jadi tukang tengok jer. Tengah2 dia betul2kan tali aku ambik kau, umpan aku ada ikan. Dia tarik2 tali aku yang dah kena ikan. ambik kau! ikan lampan terbesar yang pernah aku tengok hampir 2 kilo. Dia tercengang, aku tergelak. Apalagi aku ejek2 dia, awak pakai pancing ikan kecik2 jer saya pakai tali tu dia abah ikan dah naik. Dia punyalah marah. Dah tak payah mancing, jom balik. Dia dayung sampan aku punyalah tension dah tak dapat memancing. Esok, dia balik dia belikan aku pancing. Punyalah happy.
Dari hari itu aku terus memancing. Kalau dulu aku pandang situ tapi baling pancing kat sana. Hari ini aku boleh baling pancing straight. Banyak dah sifu aku, dari tokey kolam ke orang2 lama kolam, dari org melayu ke org indon semuanya turunkan ilmu mereka padaku. Semuanya ku dengar, semuanya ku ikut. Namun hajatku tak pernah tercapai.. nak tarik ikan jackpot atau menang bertanding.
Tapi bila kakakku masukkan duit Felda, katanya itu bahagian aku. Aku gunakan sedikit wang itu untuk pergi memancing, itulah hari aku tarik ikan terbesar dalam kolam itu. Kata orang ikan tu payah nak makan, Ikan tongsang putih punyalah cantik ikan itu dan lebih hebat lagi ikan tu macam tau jer perempuan yang tarik (mudah jer dia naik) dan seminggu selepas itu aku menang pulak pertandingan yang punyalah mengigil aku nak masuk. Semuanya lelaki, aku kata tak nak masuk, laki aku suruh gak masuk. Punya allah nak tunjuk berkat wang ditangan aku, aku menang untuk kali pertama. Sampai ke kolam allah tunjukkan.
Hari ini aku terus memancing, aku tak impikan lagi ikan yang besar atau menang lagi. Aku hanya menemani suami. Ini terima kasihku kepada suamiku. Ini terima kasihku pada mereka yang membantu aku mencapai impianku. Terima kasih..
![]() |
| Inilah Tongsanku, lemah lembut dia mai..syok |
![]() |
| Bagai nak rak gak aku mengelabah... |
![]() |
| Tambah pulak lagi tukang cauk dah standby.. aduh risau mata kail kena dia. |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan