Ini cerita benar
Kata ulamak anak itu amanah Allah. Untuk berpuluh tahun aku masih lihat mereka yang gagal mengerti maksud itu. Maksudnya " Jangan kamu beri anak, kecuali kamu mati". Pasti ada yang bertanya,
Macamana kalau aku susah?
Macamana kalau aku tak mampu membelanya tanpa pengesahan dunia?
Macamana kalau dia tak berbapa?
Aku gagal mencari tulisan atau hadis yang mengulasnya. Tapi aku temui jawapannya melalui 'cerita benar' yang aku ketahui.
Susah atau senang kerana itu amanah kamu bela. Kerana itu amanah pasti ada hikmah disebaliknya. Tapi ramai yang menyangkal pendapat aku ini. Mereka bela. Tapi mereka akan gagal. Berjaya beroleh ilmu dunia. Pandai bersekolah dan segalanya... tapi mereka gagal mendidik anak ini erti kasih sayang.
Hanya satu tempat yang dapat mendidik anak ini. Hanya satu tempat yang dapat membaikkan anak ini. Hanya kembali kepada Ibubapa yang mula2 menyayangi mereka. Disitu pasti kamu bertemu erti kasih sayang. Dan pasti anak ini akan memahami kasih sayang ibubapa yang asal ibarat senaskah Al-Quran bertindak seperti petunjuk dan meraka yang menjaga dan mendidik sebagai guru.
Guru yang mengajar tanpa Al Quran akan gagal.
Al Quran yang dibaca tanpa Guru akan sukar.
Jadi pada kamu yang masih belum mengerti, ini maksudnya.
Tapi sesungguhnya apabila kamu dibaikkan. Pasti ada cemburu. Maka disitu kamu cari hidup sendiri. Dikanan pun sayang dikiri pun sayang. Bukan maksud aku diam, aku tak sayang. Bukan bermaksud aku tiada aku tak ingat. Sesungguhnya aku tahu dan ingat.
Cerita ini aku sampaikan untuk anak yang masih ada guru mendidik (orang yang membela dan mendidik), untuk mencari Al Quran ( ibubapa yang mula mula menyayangi) sebagai petunjuk. Jangan kamu abaikan bapa yang mula2 membawa kamu ke dunia dan ibu yang mula menyusukan kamu walaupun sisaat kamu ingin diijab kabulkan keizinan bapa itu penting sesungguhnya dia juga pernah berkorban dan bukanya bapa orang lain.
Cerita ini ku kusampaikan untuk mereka yang mula2 menyayangi aku. Sesungguhnya aku tahu tapi aku harap mereka mengerti, maka sesungguhnya aku amat menyayangi mereka kerana itu aku masih disini ditengah2 perjalanan keduanya.
Cerita ini aku sampaikan untuk anak yang masih mencari, jangan kamu cari lagi dimerata tempat kerana gurumu ada didepan mata dan AlQuran mu sudah kamu temui cuma kamu yang masih buta.
Cerita ini aku sampaikan untuk anak yang menpunyai guru tanpa Al Quran yang masih dicari. Ambil ilmu guru itu dan pasti disuatu hari nanti guru itu akan menghadiahkan kamu Al Quran sebagai petunjuk dikala mereka tahu kamu sudah bersedia.
![]() |
| My First Love |
![]() |
| My Forever Love |
![]() |
| My Hapiness |
![]() |
| My Beautiful Memory |
Ini cerita benar, Ini cerita yang tidak akan kamu temui melalui tulisan hanya pengalaman.
Jangan kamu beri anak kamu melainkan kamu mati.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan