Sabtu, 6 Julai 2013

kalau KAMU diejek...wat ni!

Aku tak leh tahan dengar orang diejek. Tengah aku jemur kain. Ada ler seorang anak jiran ni nangis2 lalu kat belakang rumah. ' Naper dik?' tanya aku. Cian gak aku tengok dia. Air mata, air hidung n air mulut semua dah keluar. Tu budak2 flat tu ejek2 adik, kata adik bodoh. Aku punyalah gelak besar. Budak tu terus diam tengok aku, asal lak mak cik ni gelak agaknya dia pandang aku. Aku jawab " pergi tanya budak tu, dia makan apa yang jadikan dia pandai, pastu adik balik rumah makan banyak2 k nanti adik pun leh pandai sama." Umur dia kecik sangat takkan aku nak cakap adeq kena usaha n so on n so on lum leh lagi cakap camtu kot. Kena makan banyak2 dulu tunggu dia besar kot. Aku pun sama tak reti hanya kesian tengok dia.

Aku benci dengan orang yang mengejek, aku juga benci pada orang yang mengutuk. Kadang2 umur baru setahun jagung terasa dirinya benar dia mengutuk orang yang salah. Sedangkan orang yang salah ni lebih berdiam diri. Pandang dan senyum. Berapa lama kamu hidup dan berapa lama pulak aku dah hidup. Dan ada yang lebih kejam lagi menyambung, dah lama hidup masih tak reti2. Aku lihat golongan yang kena ejek ini masih diam tapi kini mereka sedih. Aku tak pernah faham kenapa sewaktu kecil, kenapa mereka berdiam diri dan pergi.

Hari ini aku faham. 

Aku.. pernah lihat anak yang dilahirkan tanpa butiran ibu dan bapa yang jelas. Dia diejek anak luar nikah. Hendak jer ku lempang orang yang mengejek itu. Hendak jer ku cakap, kamu tahu kalau dulu satu golongan manusia menyelamatkan status Nabi Isa dengan mengatakan kelahirannya berupa mukjizat...bagaimana nak ku selamatkan anak yang kena ejek ini... sedangkan aku tahu dia juga berupaya menjadi mulia. Bagi mereka peluang untuk hidup.

Aku penah lihat seorang abang yang hidupnya terumbang ambing tapi kaya dengan ilmu agama menghafal yasin lebih 'hafiz' dari ustaz. Duduk berbual denganku setiap hari sebelum aku masuk kerja dan punya akal yang lebih bijak dan tajam dari manusia yang sempurna diluar sana tapi masih mengabdikan diri pada dadah. Bagi mereka peluang untuk pulih. Kenapa dia jadi begini? Mereka yang sempurna, senang jer jawab, dia cari sendiri! Mak aii!

Kerana dia di ejek. Kerana abang dan anak itu diejek, dikeji. Maka timbul perasaan dendam dan marah pada mereka. Puncanya bukan mereka tapi kamu yang sempurna asyik mengejek dan memerli mereka.

Sama erti dan lawan dalam perkataan banyak maksudnya. Dan kalau lagi aku mendengar mereka ini diejek pasti pada satu ketika nanti keturunan kamu yang mengejek akan berhenti membiak. 

Apapun mereka. mereka tetap mulia. Apa pun dia, dia tetap berakal.

gua caya sama lu .. tapi bab 'rock' dia tetap wa. ishk!

Tiada ulasan: